Wednesday, 23 January 2013




Mahukan Terbaik Untukmu...Adikku
Bukan aku menyalahkanmu untuk berpindah , tapi kerana sayangku terhadapmu adikku . aku tidak mahu dirimu hanyut dek arus duniawi , tapi aku berharap hatimu tetap untuk menutup auratmu , menjaga kehormatan mu . insyallah you can ! i will pray for youu my dear , tapi agak terkilan juga diri ini kerana hajat ku untuk melihat dirimu mengambil peperiksaan SMA tidak tercapai , tetapi aku cuba untuk redha . mungkin ada hikmah yang tersembunyi , maaf jika aku tidak
 dapat menjadi akak yang sempurna buatmu adikku . apa yang aku lakukan dan                              
 apa yang aku katakan . aku berkata melalui pengalaman ku yang dahulu , tetapi
 alhamdulilah , umi dapat memahamkan ku mengapa umi setuju untuk menghantar
                                          dirimu ke sbp . moga menjadi wanita solehah yang mujahadah serta istiqamah
                                          untuk menegakkan kalimah Allah :) . i pray for youu sayangku :D , buat yang
                                          terbaik untuk masa hadapanmu , jangan lupa apa-2 yang kita lakukan perlu kita
                                          letak Allah is number one tauu :) . jadilah sanistis yang mengahafal hadis dan
                                          ayat-2 al-quran sebagai pedoman hidup , jadikan rasulullah sebagai ikon ^___^      



"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui."

                                                                                                                      (surah al-baqarah ayat 216 )




       

Sunday, 11 November 2012

IKHTILAT 

#Dari segi bahasanya bermaksud 'pergaulan', Perkataan ini berasal dari perkataan 'bercampur'.

#Menurut Kamus Dewan 1989, pergaulan sesama manusia sama ada lelaki atau wanita. Pergaulan merupakan perihal apabila manusia bergaul, bercampur atau beraduk sesama mereka.(pergaulan silang jantina)

#Ulama feqah mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan wanita ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka yang mungkin berupa percakapan , pandangan , atau isyarat yang boleh difahami.

pergaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita . Ini kerana ia melibatkan bilangan yang lebih daripada dua orang.

#Golongan jumhur ulama' bersepakat mengatakan bahawa hukum asal bagi ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM.

namun begitu juga terdapat ruang-ruang PENGECUALIAN  yang membolehkan ikhtilat tersebut pada keadaan tertentu dan dibataskan dengan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan syara'.

#Beberapa keadaan yang diharuskan ikhtilat ialah:

1.DARURAT
 -satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang.
   contoh: dalam perubatan, memberi perlindungan kepada wanita (ikhtilat hanya dibolehkan sekadar
   menghilangkan bahaya tersebut) atau ketika dalam peperangan melawan musuh Islam.

2.MEMENUHI KEPERLUAN ATAU HAJAT
i-Muamalat maliyyah (urusan harta) : jual beli atau lain-lain transaksi di pasar , bank , kedai dan sebagainya
ii-Penyaksian (urusan mahkamah)
iii-Urusan kerja
iv-Lain-lain keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak

#Dalam keadaan pergaulan tidak dapat dielakkan , Islam telah menyusun adab-adab agar pergaulan ini berlaku dalam kadar yang paling minimum.

#Jadi, dalam keadaan biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan , pergaulan antara lelaki dan wanita  adalah HARAM dan ini termasuklah bergurau-senda , bertanya khabar , berbual mesra , apatah lagi meluahkan perasaan sama ada berinteraksi melalui alam maya (internet) , surat , alat komunikasi jarak jauh , melalui orang lain sebagai perantaraan atau pun tanpa sebarang medium (iaitu saling berhadapan).

#Muhammad Rawwas di dalam buku Ensiklopedia Fiqh al-Imam Ali telah menyatakan :

"sesengguhnya hijab itu bermakna meninggalkan ikhtilat, iaitu pergaulan bebas"


*sama-sama kita berubah ke arah yang diredhai ALLAH , insyallah*



 

Thursday, 18 October 2012


Hijrah Hijab



"Tanyalah dia, dia serba serbi tahu hal-hal agama ni,Tengok tudung pon dah tahu" kata si A kepada si B.
Itulah ayat yang selalu dilontarkan orang ramai apabila melihat muslimah yang bertudung litup. Walhal, 'bertudung labuh' tidak semestinya datang dari sekolah pondok atau sekolah agama penuh. Malah kadang-kadang yang free hair atau bertudung singkat itu jauh hebat ilmu agamanya berbanding yang bertudung.
Berdasarkan pengalaman hidup gadis yang bernama Nurul, bertudung labuh itu telah mendidiknya menjadi muslimah yang mempunyai akhlak terpuji dan dapat menyelamatkan dirinya daripada fitnah lelaki. Sebelum Nurul jatuh cinta dengan 'tudung labuh' itu sendiri, pelbagai rintangan , cubaan yang telah dirempuh sebelum menjadi wanita Islam yang sebenar mengikut cara Islam. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saat sebelum bergelar muslimah sejati itu.
Ya, dia memang seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam hal-hal agama. Selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaan. Malangnya, Nurul tidak menggunakan dengan baik anugerah yang Allah kurniakan kepadanya. Bercouple, itu sudah biasa baginya tetapi bersentuh dengan lelaki tidak pernah dilakukannya. Biar hati di 'sentuh' asal bukan fizikal di 'sentuh'. 
Keindahan rupa yang Allah anugerahkan kepadanya tidak dijaga dengan baik. Bak kata anak muda sekarang, 'petik jari, 10 boleh dapat'. Namun, dengan kecantikan rupa paras itulah yang membawa Nurul tersasar jalan . Hilang arah hidup. Dia lupa rupa paras itu bukan sekadar anugerah Allah tetapi merupakan satu ujian Nya untuk menguji hamba-hambanya bersyukur.
Baju singkat yang menampakkan tubuh badannya sudah tentu menarik perhatian kaum adam. Lenggoknya yang ala-ala model sudah tentu membuat lelaki-lelaki menoleh dua kali. Senyumannya yang manja turut membuatkan lelaki tidak tidur malam. Maruahnya senang dijaja oleh kaum adam ini. Pernah mereka bertaruh untuk mendapatkan Nurul. Pernah sekali gadis manis yang berdarah kacukan ini diajak tidur dengan lelaki. MasyaAllah , begitu mudahnya.

Namun, Allah masih memberi kasihNya kepada Nurul dengan melindunginya daripada dijadikan permainan lelaki walaupun gadis ini telah lalai jauh daripadaNya. Kasih sayang Allah begitu indah dan istimewa kerana kasihNya mendahului kemungkaranNya. Apabila hilang kasih sayang Allah, sudah tentu hidup kita akan terumbang – ambing dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang. Begitu mudah sekali cinta Nurul diperoleh oleh lelaki yang belum tentu miliknya lagi.
Allah itu Maha Adil. Ujian yang sangat hebat telah diturunkan ke atas gadis sunti ini sebagai tanda kekuasaanNya dan juga denda untuk memadamkan dosa-dosa ynag telah dilakukan. MasyaAllah, tempoh setahun ujian itu telah banyak merubah sikap Nurul dari berpakaian ketat hingga bertudung labuh. Alhamdulillah. Sahabat –sahabat yang banyak membantu dalam teguran dan bimbingan dijadikan sebagai kata-kata semangat buat dirinya.
Mungkin anda ingin tahu bentuk ujian yang bagaimanakah diturunkan sehingga beliau berubah sampai begitu sekali? Hanya dalam setahun sahaja sudah merubah segala-galanya? Ujian itu pelbagai bentuk, ada ujian hati, ada ujian sakit, ada ujian nafsu dan lain-lain.
Ujian yang diterima oleh Nurul merangkumi ketiga-tiga kategori ujian di atas. Peranan sahabat-sahabat dalam berdakwah ini amat penting kerana ia boleh membangunkan dan menjatuhkan iman seseorang itu. Mungkin pembaca menganggap ini adalah perubahan yang biasa-biasa sahaja, tetapi bila kita sendiri mengalaminya,adakah kesabaran dan ketabahan diri dapat membantu kita dalam menghadapi dugaan yang datang? Hanya diri anda sahaja yang dapat menilai sendiri.
Tudung labuh belum tentu mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi ia dituntut syarak berdasarkan firman Allah,yang bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah al-Ahzab ayat 59)
Tidak ada alasan untuk tidak berjilbab/bertudung , kerana hukumya adalah WAJIB. Seperti yang kita tahu, aurat wanita ini adalah semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan - mengikut pandangan Imam as-Syafie. Dari situ kita sudah tahu hukumnya wajib menutup semua anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan ayat al-quran :
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya."(Surah an-Nur ayat 31)
Ketahuilah, Allah sangat mengasihi hambaNya dan dengan dinul Islam la juga kaum wanita dimuliakan. Allah mengangkat darjat mereka. Menutup aurat adalah satu kewajipan yang sangat dituntut syarak kerana ia bertujuan untuk melindungi wanita daripada fitnah-fitnah di luar sana yang boleh mengundang bahaya kepada diri. Islam itu sudah cantik dan sempurna, maka jadikanlah diri kita cantik dan sempurna sebagaimana Islam itu sendiri.

Friday, 14 September 2012


Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 

Monday, 3 September 2012

Bukan Selamanya...

Bukan selamanya kita akan tetap begitu , jika benar hati ingin berubah . tetapkan dihatimu teman agar kuat iman untuk berubah . masa muda jangan disia-siakan kelak kamu akan menyesal , bukan semua manusia yang bergelar islam lahir-lahir terus baik , terus kuat pegangan agamanya . tetapi mereka sedar akan balasan ALLAH diakhirat kelak . kerana mereka takutkan balasan ALLAH mereka menjaga hubungan dengan ALLAH dan juga melaksanakan perintahNYA , bukan susah untuk menjaga aurat dan mentaati ibu ayah . mudah sahaja wahai teman , aku bukan ingin menunjukkan diri ini adalah perfect . tetapi ingin memberi semangat tatkala dirimu ingin mencari cahaya kebenaran . hidayah itu perlu dicari , istiqamah dalam perubahan amat lahh penting teman , mujahadah itu memang pahit tetapi ingin syurga itu teramat manis . senang bagi wanita ingin memasuki syurga , tetapi kamu sendiri telah mensia-siakan peluang itu , memang senang teman . tutuplah aurat dengan sempurna , mentaati ibu ayah selagi tidak bercanggah dengan syariat , laksanakan perintah-NYA...mesti kamu semua pernah dengar orang kata ''tak panas ke bertudung labuh?'' jika itu soalan yang diberikan ketika kamu memakai tudung labuh atau baru sahaja ingin memakai katakan kepada hamba ALLAH tersebut ''neraka lagi panas berbanding dunia ini . dan tudung ini yang menyelamatkan ku daripada terkena percikkan api neraka yang sangat panas'' , tahu kah teman tentang betapa panasnya api neraka ? okay saya akan bagitau kalian tentang panasnya api neraka . Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Api kamu ini hanyalah satu bahagian dari tujuh bahagian api di Neraka Jahannam." Para sahabat menyatakan, "Yang ini pun sudah cukup berat panasnya." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata. "Bahkan api neraka itu sebenarnya enam puluh sembilan kali ganda panasnya dari api di dunia ini." , mampukah kita untuk merasai panasnya api tuu ? mesti tidak kan ? tetapi mengapa kalian tidak mahu melaksanakan perintah ALLAH hanya sedikit sahaja , tahu kan kalian ketika kita buntu ALLAH akan membantu kita walaupun kita ini hamba yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan . ALLAH berikan nikmat tersebut . tetapi kamu tidak bersyukur sehingga ALLAH tarik balik nikmat itu . barulah kamu semua tahu erti syukur bukan ? melihat keadaan remaja zaman sekarang amat menyedihkan . teringat kata-kata ustaz asmadi sewaktu kuliah akidah islam "cuba kamu pergi ke hotel-hotel murah , pasti ramai remaja-remaja disana" , mengapa boleh jadi sedemikian teman ? terjadinya sebegini rupa kerana sikap wanita yang terlalu ikutkan nafsu . tidak memikirkan apa yang akan berlaku . cair dengan pujuk rayu si lelaki yang belum tentu menjadi halal untukmu . cuba anda semua fikirkan , jika anda katakan couple itu sweet . sweet lagi nikah . nak tahu sebabnya ? sebab jika kita melakukan sesuatu yang kita pernah lakukan dulu masa couple . bila kawin tak rasa nikmat sweet yang teramat sangat itu teman , percaya lahh . masa sekarang tidak sesuai untuk kita mengejar cinta . kerana cinta akan lebih terasa manisnya apabila ianya halal disisi-NYA ...bab cinta dan kawin semua suka kann ?

tutuplah aurat dengan sempurna dan melakukan perubahan itu dengan ikhlas teman . kamu tahu aurat itu dari mana hingga kemana . tetapi kamu tidak menghiraukan . betul kan ? dan kamu tahu jika derhaka dengan ibu ayah kamu akan berdosa , tapi kamu lakukan juga . kenapa ? tidak pernah kah kalian terfikir betapa susah ibu ingin membawa kita didalam perut selama 9 bulan ? tidak pernah terfikir ibu bangun dari tidur hanya kerana kamu menangis tiap malam ? tidak pernah terfikir ibu sanggup menjaga kamu ketika kamu sakit ? fikirkan juga ayah yang penat mencari rezeki untuk keluarga . tetapi kamu sia-siakan semua ituu , kamu melawan kata mereka bukan ? fikirkan apa yang terbaik buat dirimu teman ... aku hamba ALLAH yang lemah ni hanya mampu menasihati ^______^


*mohon maaf jika ada salah dan silap di dalam entry ini. kerana aku juga baru belajar erti solehah marilah kita bersama mencari redha ALLAH..

Monday, 13 August 2012

KASIHKU ABADI..
Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.
"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.
Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.
"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.
Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.
Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"
Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.
Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"
Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.
"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.
"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.
"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.
Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.
"Awak pernah bercinta?"
"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"
"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."
"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'
Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.
'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'
-message sent-
"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.
"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.
"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"
"Titt!" -message in-
'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'
Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olahadrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?
Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekatex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.
Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.
"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."
Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.
"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.
"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.
Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.
"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.
"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"
"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dahcouple?"
"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebutboyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.
"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.
"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."
Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......
"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"
"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."
Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.
"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challengekerinduan saya kot?"
"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.
"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.
"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"
"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergidating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."
"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."
Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.
"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"
"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."
"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."
"Betul ni nak tau?"
"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.
"Allah."
Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.
"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"
Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...
"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."
Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.
"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"
Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.
"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."
"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.
Aku mengangguk tanda ya.
"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.
Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.
"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yangsweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love storykita akan menjadi sweet.

Tuesday, 7 August 2012

CUMA INGIN YANG TERBAIK ..

Bukan niat untuk mengata , tetapi ikhlas dihati mahukan terbaik buatmu muslimat . bukan niat untuk membandingkan kalian semua , tapi ikhlas dihatiku . mahukan kalian mendapatkan rahmat ALLAH dan dijauhi oleh api neraka . buat adik-adikku di sekolah arab as-saiyidah,al-asyraf,smk dol said dan dimana jua adik bersekolah. akak terlalu sedih melihat kalian berkongsi kasih dan sayang dengan lelaki yang bukan halal bagimu dik , sedarlahh wahai adikku sayang akan adanya balasan neraka dan syurga kelak . akak tidak pandai untuk menyatakan hadis atau sebaliknya . tapi impian akak adalah ingatkan kalian yang akak kasih sebagai adik jauh dari api neraka , bukan akak cemburukan kalian yang bercouple itu , tapi akak kasihkan kamu semua agar tidak didekati oleh seksa api neraka kelak , kalian tahu tentang aurat , kalian tahu tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan , tetapi kalian tidak hiraukan tersebut , betul tak ? akak bukan lahh semula jadi begini adikku sayang . tapi banyak cabaran akak hadapi , ada waktu nya dahulu akak hanyut dek arus duniawi . akak tidak mahu adik yang akak kasihi terhanyut juga seperti akak dahulu . sedaya upaya , insyallah akak akan membantu jika benar adik ingin berubah sayang . kau adalah mawar berduri , tapi kau hilangkan duri tersebut demi cinta yang belum pasti dik , kau hanyut dek kata manis lelaki . jika benar dia inginkan adik menjadi suri dihati nya . dia tidak akan mengajak kamu berpacaran dik . dia akan lepaskan kamu untuk mencari ilmu ALLAH . dia akan biarkan kamu mencari keredhaan ALLAH . redha ALLAH dan ibu bapa amat penting , waktu sekarang bukan masa nya untuk kamu mencari kasih yang sejati , tapi cari lahh kasih yang hakiki , bila kita sedih dia ada untuk kita , bila kita gembira dia ada disamping kita . dan bila-bila masa pun DIA ada buat kita mengadu nasib , adik semua tahu kann siapa DIA yang akak maksudkann ? adik semua belajar . DIA itu adalah ALLAH yang menciptakan kita . bersyukur kita dibumi malaysia ini tidak ada ancaman seperti di palestin dan syria adikku . mereka memperjuangkan agama ALLAH sedang kita disini ? menggadaikan agama yang suci ituu ? mengapa adikku sayang ? bila dittanya sayangkan ALLAH , kalian menjawab SAYANG . tetapi kenapa kalian hanya menyatakan dimulut ? bukan perbuatan sayang ? kenapa begitu ? akak mampu berdoa buat adik yang tersayang semua . akak berharap agar kalian tidak hanyut dek arus moden ini , akak sayangkan kalian . akak mahu kita masuk syurga bersama-sama , akak tidak mahu . akak seorang sahaja yang masuk ke syurga . jika benar kita ingatkan redha ALLAH . carilahh adikku , hidayah bukan ALLAH beri begitu sahaja . carilahh hidayah itu . pintu taubat masih buka adikku , jangan adik mencari kasih yang palsu dikala ini , kasih yang palsu akan menjerumuskan adik ke lembah maksiat . sayanglah harta tersebut adikku , jangan sampai maruah tergadai adikku . akak sayang kepadamu adikku , kamu sayangilah agama ALLAH adik , akak bukan seorang ustazah yang mempunyai ilmu yang tinggi adik , tetapi akak hanya mahu berkongsi pendapat adikku . akak sayangkan mawar yang kini kian pudar . ingatlahh adikku ALLAH itu wujud . jika kauu berseorang ingatlah DIA yang maha berkuasa kita tidak akan merasa kosong adik , ayuhh kita bangkit mawar islam !!


*jika akak silap perlu dibetulkan , kita sama-2 manusia yang kadang kala alpa ..