IKHTILAT
#Dari segi bahasanya bermaksud 'pergaulan', Perkataan ini berasal dari perkataan 'bercampur'.
#Menurut Kamus Dewan 1989, pergaulan sesama manusia sama ada lelaki atau wanita. Pergaulan merupakan perihal apabila manusia bergaul, bercampur atau beraduk sesama mereka.(pergaulan silang jantina)
#Ulama feqah mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan wanita ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka yang mungkin berupa percakapan , pandangan , atau isyarat yang boleh difahami.
pergaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita . Ini kerana ia melibatkan bilangan yang lebih daripada dua orang.
#Golongan jumhur ulama' bersepakat mengatakan bahawa hukum asal bagi ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM.
namun begitu juga terdapat ruang-ruang PENGECUALIAN yang membolehkan ikhtilat tersebut pada keadaan tertentu dan dibataskan dengan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan syara'.
#Beberapa keadaan yang diharuskan ikhtilat ialah:
1.DARURAT
-satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang.
contoh: dalam perubatan, memberi perlindungan kepada wanita (ikhtilat hanya dibolehkan sekadar
menghilangkan bahaya tersebut) atau ketika dalam peperangan melawan musuh Islam.
2.MEMENUHI KEPERLUAN ATAU HAJAT
i-Muamalat maliyyah (urusan harta) : jual beli atau lain-lain transaksi di pasar , bank , kedai dan sebagainya
ii-Penyaksian (urusan mahkamah)
iii-Urusan kerja
iv-Lain-lain keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak
#Dalam keadaan pergaulan tidak dapat dielakkan , Islam telah menyusun adab-adab agar pergaulan ini berlaku dalam kadar yang paling minimum.
#Jadi, dalam keadaan biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan , pergaulan antara lelaki dan wanita adalah HARAM dan ini termasuklah bergurau-senda , bertanya khabar , berbual mesra , apatah lagi meluahkan perasaan sama ada berinteraksi melalui alam maya (internet) , surat , alat komunikasi jarak jauh , melalui orang lain sebagai perantaraan atau pun tanpa sebarang medium (iaitu saling berhadapan).
#Muhammad Rawwas di dalam buku Ensiklopedia Fiqh al-Imam Ali telah menyatakan :
"sesengguhnya hijab itu bermakna meninggalkan ikhtilat, iaitu pergaulan bebas"
*sama-sama kita berubah ke arah yang diredhai ALLAH , insyallah*

No comments:
Post a Comment