Friday, 23 December 2011


SERONOK TAU JADI WANITA :)










Bercerita tentang wanita ?

Siapa kata jadi wanita itu senang ?
Nak kena tutup sana , tutup sini .
Tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pon orang tak bising .
Wanita , stokin pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi wanita untuk satu hari.
Komfem tak tahan bertutup semua.
Tapi , wanita cool je...STEADY beb! ^^,
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah , hebat kan wanita?

Siapa kata jadi wanita tu senang?
Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit tetap yang Allah bagi.
Nak pergi kelas pun susah , nak pergi jalan-jalan pun susah.
Kalau boleh , masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit 'bulanan',
Ingat tak sakit ke . Mungkin ada sesetengah yang tak sakit , ada juga yang sakit.
Ada setengah yg sampai pengsan-pengsan sebab sakit.
Cuba tengok budak lelaki , selamber jerr.
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.
Tapi, wanita hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jek.
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun boleh tak perasan yang dia sakit.
Well , hebat kan wanita?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati wanita ni, Allah jadikan lembut betul ~
Cepat jer sensitif , mudah tersentuh, hati lembut , penyayang ,
Walaupun kadang-kadang tak nmpk, tapi sebenarnya ADA !
Cuba tengok orang putus cinta ,
selalu perempuan yang paling susah nak lupa... :'(
Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru .
Alahhh yang tengah ada bini pun boleh je rembat lagi 3 cukup kan 4. hehe. kan?!!! =.='
Cuba kalau dengar kisah-kisah sedih , baca novel or apa-apa yang menyedihkan
atau terlalu menggembirakan. Siapa nangis dulu ?
Tak kira lah samaada menangis sedih atau gembira.
Wanita kan...

Lembut tak lembut hati wanita?
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.
Hebat tak wanita?
Tapi....
Disebabkan susahnya nak jadik wanita ni lah,
ramai wanita yg merajuk dengan Allah . Boleh pulak macam tu kan ?

Diorang cakap, Allah tak adil . Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Dan macam-macam lagi... =.= . huh! kesian kan?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah ~ Errr... ye ke ? Hmm...
Bak kata orang , nak jaga 10 anak lelaki ,
tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan ,
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ,
ramai wanita-wanita kat luar sana yang bebal ,
diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,
'Lelaki tak payah tutup pon'.
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ,
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis
kekasih yang amat busuk hati !!
Allah...... :(

Kesian kan kat diorang? ish3 :'(
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah , diorang sanggup rosakkan diri diorang ,
Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil ?!

Persoalannya sekarang ,
Betul ke Allah tak adil dengan wanita?
- Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami .
* okey ? Puas hati tak dengan jawapan tu ? Allah..=.='

Tapi , cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki terletak di bawah
kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri memng kena ikut cakap suami . Taat sepenuhnya .
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya !
Ibunya itu wanita atau lelaki ???? WANITA . Right ?

Tak adil lagikah Allah pada wanita? Allahurobby ~
Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan !
Ggggrrr... tak nampak lagi ke ?? o.0'

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya .
Kalau paling banyak pun dia ada 4 orang isteri ,
Cuma ada 4 orang wanita yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Kan ?
Tapi wanita, andainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki ,
bermakna ada 15 orang lelaki yang syurganya terletak pada seorang wanita itu ! Subhanallah...

MashaAllah, hebatnya Allah jadikan wanita ni kan?
Rendah lagi kah martabat seorang wanita ?
Sungguh , wanita sungguh tinggi martabatnya di sisi Islam , tapi diri sendiri yang merosakkannya
dengan berfikiran negatif dekat Allah. Aduhai....seribu kali sayang!

Kenapa wanita hebat ? Sebab kasih sayang Allah lah yang jadikan kita ni hebat.
Cuba dengar pula nasyid-nasyid yang berkumandang dekat radio banyak lagu pasal wanita kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH , SITI KHADIJAH dan ramai lagi
srikandi-srikandi wanita yang di patut di jadikan contoh . Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.

Sayang tak sayang Allah tu dekat wanita ,
sampai wanita dikasihi macam tu sekali dekat dunia nie.
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya , orang akan cakap

"Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap

"Disebalik kejayaan seorang wanita terdapat seorang lelaki di belakangnya"

Kan?
Hebat tak Allah jadikan wanita tu?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat wanita sampaikan disebabkan
susahnya nak jadi wanita ni , wanita senang nak masuk syurga.
Tapi.... kenapa masih ramai juga yang masuk neraka ?!!
KENAPAKENAPA !!!!!! :'(
Tengok hadis ni,
"Apabila seorang perempuan mendirikan
sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan),
menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana
pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat wanita ?
Oh wanita , sedarlah...
Betapa sayangnya Allah dekat kita...
Betapa cintanya Allah dekat kita...

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran
negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia !

Bayangkan , dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni ,
kita (wanita) jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah
WANITA SOLEHAH.
Kesian dan ruginya kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi
seindah hiasan kan?
Ciri seorang isteri solehah :

1) menyenangkan/m'gembirakan suaminya; contohnya bila suami balik kerja, si isteri sambut ngn senyuman.

2) taati perintah suami termasuk perkara harus; contohnya jika suaminya perintahkan mbuat sambal belacan walaupun dia tahu suaminya ada resdung tapi si isteri tetap m'buatnya dan kemudian sebelum suaminya makan barulah dia tegur "eh, bukankah abg ada resdung nanti lagi teruk jadinya" - maksudnya laksana dulu perintah suami barulah bagi nasihat.

3) tidak m'aibkan suami; contohnya ketika si isteri lepak ngn kwnnya, jgn diceritakan perkara buruk si suami spt suka tdo sewaktu hari cuti dan sebagainya.

4) menjaga/m'hargai harta suaminya; contoh semasa mkn diluar, jika si suami order mkn bharga rm 4 jgnla si isteri order makanan yg lg mahal harganya berbanding apa yg di order oleh si suami tadi..:)







*JADILAH KITE SEPERTI NI , INSYALLAH :)


Tuesday, 20 December 2011

APA KHABAR JODOHKU ?


Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Jangan Sesekali Kamu



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta



Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu

Friday, 16 December 2011

terlalu sayangkan kanak-2 ni lah jadi nyer 


muhammad muzzammil

*this my sayang ! dari dia kecik aku jaga dia tauu , love youu muzzammil , sayang teramat sangat kat budak tembam , debab , debot ! kalau dia sakit aku rasa macam takde semangat untuk terus bernafas . even kadang-2 perangai dia buat aku bengang tapi dia lahh penawar hati akuu , kalau tak jumpa dia menggila aku cari gambar dia , teruk-2 . but aku sayang dia sangat-2 , kalau orang nak kata aku macam mak orang pown aku tak kesahh , suka aku lahh :) ada aku susahkan korang ke ? tak kan ? 












ni pulak sepupu izzaty anuar , datang-2 uma zaty jer budak ni cari aku , hahaha . suka aku 








ni pula aku tak tauu anka sape , time makan kat mcd , aku buat muka dia senyumm . wahh ,






nak kata aku kerek ? suka korang lerr , janji aku memang suka budak-2 apa aku kesah ?