~ Tudung Labuh ~
Ada beberapa junior yg pernah tanya ana. " Kenapa akak pakai tudung labuh? Tak rimas ke nak buat aktiviti2 lasak? "
Hanya senyuman yang mampu ana luahkan. Kerana isi hati ana payah untuk diluahkan dengan kata2. Ianya punya cara monolog tersendiri. Ana memang seorang yang agak sukar meluahkan isi hati ana melalui percakapan. Mungkin kerana ana tidak pernah mencuba. Tetapi kadang2 sifat ana ini menyelamatkan ana.
Berbalik kepada pertanyaan junior ana yg dikasihi, ana cuma mampu menjawabnya melalui tulisan. Ana pernah bersekolah di sebuah sekolah agama selama tiga tahun. Tapi tempoh masa yg lama itu tidak mengajar ana peri pentingnya memakai tudung labuh. Tidak sama sekali. Bagi ana dan sesetengah pelajar sekolah agama, pemakaian tudung labuh itu hanya diwajibkan oleh pihak sekolah untuk menonjolkan imej sekolah kami yang mengutamakan nilai agama. Maka tidak menjadi sesuatu yang aneh kalau ada pelajar yang mengenakan tudung segi tiga atau langsung membiarkan rambutnya diratah oleh lelaki yang bukan mahramnya di luar sekolah. Ana faham kerana keterpaksaan tidak membibitkan buah2 keikhlasan dalam hati mereka dan juga ana.
Tetapi apabila ana melangkahkan kaki ke sekolah baru yang pada mulanya ana anggap lebih teruk dari sekolah ana, ana mula mengenal erti manisnya hidup berlandaskan syariat Allah. Meskipun sekolah baru ana ini bukan sekolah agama, tetapi nilai agamanya dimantapkan oleh ketua warden yang merupakan seorang ustaz lulusan universiti Al-Azhar yang lebih mesra dipanggil Abi, pengetua yang merupakan seorang hafiz dan guru HEP yang mantap nilai agamanya serta guru penolong kanan hal ehwal akademik yg sgt mementingkan nilai2 islam dalam ucapannya. Ana mulai sedar bahawa apa gunanya ilmu yang ana raih di sekolah agama kalau tidak dipraktikkan.
Sabda Rasulullah s.a.w
"Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah,"
Di sekolah baru ini ana mempunyai seorang sahabat yang terlebih dahulu memakai tudung labuh daripada ana. Ana kagum dengannya meskipun tak pernah ana ungkapkan, kerana meskipun tidak belajar di sekolah aliran agama seperti ana, beliau berinisiatif sendiri untuk mencari redha Allah tanpa menunggu hidayah datang bergolek.
Ana hairan apabila ada sesetengah orang yang berkata, "Tak sampai seru lagi. Tunggulah. Nanti aku pakailah tudung."
Allah berfirman :
"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sediri"
Hidayah itu perlu dicari, bukan untuk dinanti. Macam mana nak dapat hidayah adalah dengan melakukan apa yang Allah suruh. Tutup aurat sepertimana syariat telah tetapkan iaitu pakaian tidak ketat, tudung melepasi paras dada dan menutupi punggung, tidak jarang dan tidak manaikkan nafsu syahwat kaum lelaki. Begitu juga dengan kaum lelaki. Laksanakan perintah Allah.
Seorang ustazah yang sangat ana sayangi pernah berkata. Apabila kita memakai jilbab (tudung labuh), Kita akan berasa selamat. Tidak akan ada lelaki yang memandang kita dengan pandangan yang penuh nafsu, maruah kita juga akan terjaga. Nilai kita di mata Allah juga akan berganda.
Bagi ana, apabila kita sudah bertudung labuh, demi menjaga imej yang dibawa, perasaan malu akan menghalang daripada melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah seorang wanita. Tetapi, selok-eloknya apa yang dilaksanakan haruslah berpaksikan kepada keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Kalau tidak, sia2 sahaja amalan kita.
Bukan tidak pernah ana dengar suara2 sumbang yg menyindir pemakaian ana,
"Wau! Tudung boleh buat mop lantai!",
"Ala, tak payah pakai baju, tudung dah labuh dah" ,
"Kaya dia ni sampai boleh beli kain banyak2"
Tapi ana cekalkan hati kerana ana tahu, dalam menegakkan syariat Allah akan memerlukan pengorbanan dan ketabahan. Tetapi, yang amat menyedihkan ana, sindiran2 itu datangnya daripada mulut manusia yang pangkal namanya terdapat "bin" dan "binti". Manusia yang kerjanya melakukan maksiat dipandang agung dan disanjung. Mereka yang tak segan silu berpegangan tangan macam suami isteri tak dicemuh malah dilaga-lagakan lagi. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.
"Islam datang sebagai dagang(asing) dan akan pergi sebagai dagang,"

No comments:
Post a Comment