Saturday, 14 January 2012

SEKOLAH BARU ?

hua . berat hati nak pergi sekolah selain AS-SAIYIDAH KHADIJAH , rasa lain jelaaa . susah untuk nak luahkan pada orang yang tak tauu kenapa akuu tak suka sangat satu sekolah dengan LELAKI . hu , LELAKI yang banyak komen keje nyerrr . hu , nanti aku takk akan layan korang !! insyallah IMANku akan ku kuatkan demi mencari ilmu ALLAH . FASEHAH SHAIRAH bole ! insyallah dengan izin ALLAH . AMIN , AL-ASYRAF ? huuuu , belum pergi sekolah nyer lagi aku dahh demam , kuang-2 . terkejut ke hapee aku ni ? sensitif sangat kann ? even orang kata sekolah tuu CANGGIH . aku tetap kata AS-SAIYIDAHH is the best school in MELAKA ! even madam nyerr hua . not bad lahh kannn , tapi guru-2  disana telah mengajarku erti ISLAM yang sebenar . bersyukur sangat dapat sekolah macam tuuu . insyallahh aku akan mendapatkan MUMTAZ dalam STAM . AMIN , insyallah . doakan aku wahaii SAHABAT . 




sekolah baruu saya 





i love my school



Sunday, 8 January 2012

 JIHAD PALING BESAR MELAWAN HAWA
                     NAFSU  


Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?
Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman, “Innallahastara minal mukminina anfusahum waamwalahum liannahumul jannah. “
Maksudnya, “Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga “.
Itu tawaran Allah, karena jihad itu besar maka disuruh beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari segi lahirnya jihad menentukan hidup mati Islam. Kalau ada jihad hiduplah, kalau tidak ada jihad matilah. Dari segi batin, jihad menentukan seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya. Tidak ada jihad punahlah insaniahnya.
Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.
Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riya’, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.
” Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan “
(Yusuf: 53)
Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; “Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu “.
Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.
Nafsulah penghalang yang paling jahat. Mengapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu mudah dan dapat kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari badan kita. Tidak sempurna diri kita jika tidak ada nafsu. Ini yang disebut musuh dalam diri. Sebahagian diri kita, memusuhi kita. Ia adalah jizmullatif – tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, hanya dapat dirasa oleh mata otak (akal) atau mata hati. Oleh itu tidak dapat kita buang. Sekiranya dibuang kita pasti mati.
Nafsu adalah penghalang yang besar. Kalau hendak solat bukan mudah untuk mujahadah. Akhirnya terlambat solat subuh. Siapa yang membisikkan kepada kita? Itulah nafsu. Bukan mudah hendak berjuang dan berkorban. Bukan mudah hendak sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah untuk sabar, tidak berdendam dan membalas kejahatan musuh dengan doa dan kebaikan. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu juga tidak mudah untuk menahan marah dan hendak memberi maaf orang yang berbuat salah dengan kita? Kita rasa terhina hendak memaafkan orang yang bersalah dengan kita. Lebih-lebih lagi kita yang bersalah, hendak minta maaf lebih sukar lagi. Terasa tergugat ego kita. Lebih-lebih bila ada jabatan dan pengaruh. Bukan mudah untuk ikut syariat, jika nafsu mengatakan jangan. Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu ia dianggap wira, hero atau pahlawan. Dianggap orang berani dan luar biasa. Sebab itu ada Hadis yang mengatakan;
“Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya.
” Bukannya seperti yang terjadi hari ini, gelar “Tokoh” atau “wira” yang dikurniakan kepada seseorang, bila kita tinjau kehidupan mereka, kebanyakan mereka yang sudah dikalahkan oleh hawa nafsu. Itulah wira yang palsu. Wira yang sebenarnya wira ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. Selama hawa nafsu tidak dapat diperangi selama itulah seseorang tidak akan tertuju kepada ALLAH. Tidak akan dapat benar-benar berkhidmat kepada ALLAH. Tidak akan jatuh cinta dengan ALLAH. Tidak akan memberi ketaatan yang sesungguhnya kepada ALLAH. Kalau nafsu tidak diperangi, tidak akan dapat hidup dalam kebenaran. Hidup dalam pimpinan ALLAH. Firman Allah dalam Al Qur’an maksudnya :
“Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH itu beserta dengan orang yang buat baik”.
Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu, Allah akan tunjukkan satu jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang benar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah.
Ertinya mereka mendapat pembelaan dari Allah sejak di dunia. Jadi siapa saja yang sanggup melawan hawa nafsu, dia adalah rijalullah (orang Allah, keluarga Allah, kepunyaan Allah, tentera Allah) Siapa yang menjadi kepunyaan Allah atau tentera Allah, dia akan dibantu oleh Allah. Tapi selama belum menjadi tentara Allah, sebaliknya menjadi tentera manusia atau tentera syaitan, Allah akan biarkan. Kalau diberi kemenangan, atas dasar kuat, bukan atas dasar bantuan. Manakala yang lemah akan diberi kekalahan.
Jadi seseorang itu mesti sanggup melawan hawa nafsu. Kalau tidak, banyak ajaran Islam yang terabaikan, banyak perintah ALLAH yang dilalaikan. Bila tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak larangan ALLAH yang akan terbuat. Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi, barulah ajaran Islam itu dapat kita amalkan sungguh-sungguh dan barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan, karena nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan kita.
                                       SITI KHADIJAH KHUWAILID


SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID (Ummul Mu’minin Pertama)
Nama penuh beliau ialah Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai dari berasal dari golongan pembesar Mekah. Berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 tahun, manakala Nabi Muhammad berumur 25 tahun. Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan melimpah, Khadijah merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami. Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh kegembiraan ia pergi ke rumahbapa saudaranya, iaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata, “Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas kota Mekah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat kemana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku terpegun. Lalu aku terbangun dari tidurku”. Waraqah mengatakan, “Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat”.
Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Rasulullah SAW. Ketika Nabi Muhammad masih muda dan dikenal sebagai pemuda yang lurus dan jujur, telah diperkenalkan untuk ikut menjualkan barang dagangan Khadijah. Hal yang lebih banyak menarik perhatian Khadijah adalah kemuliaan jiwa Nabi Muhammad SAW. Khadijah lah yang lebih dahulu mengajukan permohonan untuk menikah dengan Nabi Muhammad. Semua itu berlaku dengan usaha orang tengah iaitu Nafisah Binti Munyah dan peminangan dibuat melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib. Keluarga terdekat Khadijah tidak menyetujui rencana pernikahan ini. Namun Khadijah sudah tertarik oleh kejujuran, kebersihan dan sifat-sifat istimewa Nabi Muhammad ini, sehingga beliau tidak mempedulikan segala kritikan dan kecaman dari keluarga dan kerabatnya. Khadijah yang juga seorang yang cerdas, mengenai ketertarikannya kepada Muhammad mengatakan, “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”
Sewaktu malaikat turun membawa wahyu kepada Nabi Muhammad maka Khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk serta menerima Islam. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk
Rasulullah SAW menyebut keistimewaan terpenting Khadijah dalam salah satu sabdanya, “Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.”
Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad selama 24 tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.
TARIQ ZIYAD

Tariq bin Ziyad (670M - 720M / 75H - 125H), seorang anak yatim piatu, yang rajin bekerja dan suka menuntut ilmu. Telah dijual sebagai hamba atau budak suruhan dan dibeli oleh Musa bin Nusair. Musa bin Nusair ini adalah seorang pemerintah Islam di Afrika (wakil khalifah Islam di Afrika), Tariq telah diajar bermain senjata dan menunggang kuda. Akhirnya Musa bin Nusair memberi kepercayaan penuh kepada Tariq bin Ziyad untuk menjadi Ketua Panglima bagi mengetuai sebuah angkatan perang seramai 12 ribu orang Islam bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat dari penindasan Raja Roderiga.
Raja Roderiga ini berbangsa Gotik dan memerintah Sepanyol. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Kaum wanita terutama anak2 gadis yang cantik tidak berasa selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderiga ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh hidup2. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan Kerajaan Islam.

Disebabkan kekejaman inilah, Musa bin Nusair menghantar tentera-tentera Islam yang diketuai oleh Panglima Tariq Ziyad ke tanah Andalusia. Panglima Tariq Ziyad telah dibantu oleh Panglima Malik, Panglima Amir, Panglima Sufian dan tentera-tentera Islam yang lain. Matlamat mereka hanya satu, Menang ataupun Syahid kerana Allah. Setelah belayar beberapa ketika, mendaratlah tentera Islam di bumi Andalusia di sebuah bukit,yang tidak berpenghuni, lalu diberi nama oleh Tariq Ziyad sebagai "Jabal Tariq", pada masa ini tempat itu dikenali sebagai Gibraltar.

Bermulalah perjuangan Panglima Tariq Ziyad bersama tenteranya. Pada mulanya tujuan mereka untuk meninjau keadaan tempat dan kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair sahaja. Tetapi Musa bin Nusair telah berpesan kepada Tariq Ziyad, "Apabila terserempak dengan musuh, buatlah apa yang panglima fikirkan terbaik. Keselamatan 12 ribu tentera Islam terletak di tangan kamu. Pimpinlah mereka dengan bijaksana". Maka Tariq Ziyad telah membuat keputusan untuk berhadapan dengan tentera Gotik di atas keadaan yang beliau yakini perlu bertindak ketika itu.

Pada 19 Julai 711 M, terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang berkobar-kobar mereka berjaya memberi pukulan yang hebat kepada Raja Roderiga. Akhirnya tentera Gotik kalah dan Raja Roderiga mati lemas di dalam sungai Barbar ketika cuba melarikan diri. Kekalahan ini amat memalukan Gotik, lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam dari tanah air mereka. Kali ini mereka diketuai oleh Panglima Goted.

Kemudian, terjadi lagi satu pertempuran yang paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair, dan sekali lagi tentera Islam menang. Tentera Islam juga pernah dibahagikan kepada 4 pasukan besar iaitu menuju ke Kardoba, Malaga, Granada dan Toledo (ibu kota Andalusia) bagi menakluki kawasan2 tersebut.

Akhirnya seluruh bumi Andalusia berjaya ditakluki oleh pemerintahan Islam, dalam masa yang sama penyebaran Islam terus digiatkan di seluruh kawasan Andalusia. Penaklukan Andalusia oleh orang2 Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar2 diakui. Rakyat tidak lagi tertindas dan harta mereka dipelihara di bawah pemerintahan Islam.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Ketika persiapan giat dilakukan, tiba2 Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, beliau mematuhi arahan itu dan terpaksa membatalkan niat untuk menakluki Eropah. Panglima Tariq bin Ziyad meninggal dunia di Damsyik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
: : TARIQ ZIYAD : : 

Antara pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah Tariq bin Ziyad ini ialah:

1) Pergantungan dan pengharapan penuh hanya diletakkan kepada Allah SWT dalam setiap perkara dan setiap masa.

Setiap malam Tariq bin Ziyad menunaikan solat sunat tahajjud, bagi memohon kekuatan, perlindungan dan kemenangan dari Allah SWT. Dirinya sentiasa merasa dekat dengan Allah dan yakin dengan bantuan Allah SWT. Kebergantungannya penuh terhadap Allah SWT.
"Pada siang hari kami lihat panglima bagaikan seekor singa apabila berdepan dengan musuh, tetapi pada malam hari panglima bagaikan abid," puji salah seorang anak buanhnya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 152
"Maka Ingatlah kepadaKu maka Aku akan mengingatimu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

"Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan."
"Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami."
"Saya berpesan kepada diri saya dan saudara semua supaya sentiasa ingatkan Allah semasa senang atau susah, juga semasa duduk dan berdiri. Hanya Dia tempat kita bergantung harapan." - kata-kata Tariq Ziyad kepada tenteranya.

Surah at-Taubah : 24
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

2) Perancangan yang teratur amat penting dalam melaksanakan sesuatu terutama sekali dalam merancang gerakerja Islam.

"Sebelum berangkat ke sana, kami perlukan maklumat daripada saudara. Lukiskan peta Andalusia, tandakan pantai, selat, gunung dan bukit serta laluan kapal. Selain itu tandakan jalan2, kawasan perumahan dan bandar. Perkara yang paling penting adalah saudara bagitahu maklumat mengenai tentera Gotik."
"Kita bentuk 4 pasukan dan setiap pasukan seramai 2500 orang tentera yang bergerak serentak menuju ke empat buah bandar itu." -panglima Tariq bin Ziyad.

Kata-kata Saidina Ali :
“Kebenaran tanpa perancangan akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang terancang”

3) Pemimpin Islam atau pendakwah perlu mempunyai kekuatan dalaman (kekuatan ruhani) yang utuh bagi menghadapi segala bentuk cabaran dan ujian.

"Saya mahu memilih yang terbaik antara kamu. Mereka yang bangun sembahyang tahajjud malam tadi diminta berdiri. Merekalah yang saya pilih bagi bersama saya ke kampung Maktum. Tentera yang terbaik, pasti peroleh pertolongan daripada yang maha berkuasa." -panglima Tariq bin Ziyad

Surah Muzzammil : 6
“Sesungguhnya jiwa (org) yang terbentuk di tengah malam itu lebih mantap keperibadiannya dan lebih jitu kata-katanya”

4) Setiap insan yang membawa Islam dan mempunyai matlamat yang tinggi untuk kejayaan Islam, pasti akan diuji dengan pelbagai ujian. Hanya iman yang kuat yang dapat mengatasi segalanya.

"Kita upah perempuan bagi menggoda Tariq bin Ziyad. Kemudian kita suruh perempuan itu beritahu orang ramai dia dirogol. Dengan itu orang ramai pasti membenci tentera Islam" -panglima Goted (pembantu Raja Roderiga)
"Subhanallah, saya datang ke sini bukan bagi memuaskan nafsu, tetapi berjihad dan mencari keredhaan tuhan". -panglima Tariq bin Ziyad

"Kita sambut kedatangan mereka dengan baik, kemudian kita sediakan wanita yang cantik, arak, tuak serta makanan yang haram dimakan oleh mereka. Apabila mereka termakan umpan kita, mereka diambang kebinasaan. Dengan mudah mereka dikalahkan." -paderi Raja Portugal
"Makanan ini tidak halal untuk kita, kita akan dibakar oleh api neraka. Jihad yang paling besar sekali adalah melawan hawa nafsu." -panglima Tariq bin Ziyad

"Terimalah hadiah kami ini. Selain emas dan berlian, ada banyak lagi barang2 berharga. Semuanya kami hadiahkan kepada tuan." -panglima Julian
"Saya dibayar gaji oleh Khalifah Walid bin Malik, saya tidak boleh menerima hadiah2 ini." -Musa bin Nusair

Surah al-Baqarah : 155
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

5) Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada semua umat manusia termasuk golongan kafir, selagi mereka tidak mengancam Islam itu sendiri. Terutama sekali yang memimpin kepimpinan Islam, sentiasalah bersifat sederhana dalam setiap perkara.

"Panglima hanya tidur beralaskan kain yang nipis. Biarlah kami gantikan dengan hamparan yang tebal ataupun permaidani yang cantik." -panglima Amir (pembantu panglima Tariq Ziyad)

"Masih ada penduduk kampung ini yang sakit tetapi masih tidak diberi rawatan? Penduduk yang kelaparan tetapi masih tidak mendapat makanan? Sekiranya ada penduduk kampung yang diganggu dan disakiti, sila beritahu saya." -panglima Tariq bin Ziyad
Ketika Aisyah Ra ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW :
Maka dia menjawab, "Akhlaknya adalah Al-Quran."

6) Ilmu itu sangat penting dalam kita hendak membawa Islam itu sendiri. Sirah-sirah Rasulullah SAW banyak menunjukkan kisah-kisah atau tindakan-tindakan yang terbaik untuk kita ambil dalam menempuh alam yang semakin mencabar ini. Wajar kita sandarkan segalanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

"Adakah kalian lupa sejarah Perang Muktah pada zaman Rasulullah SAW? Panglima Jakfar bin Abi Talib yang menjadi ketua tentera Islam menggantikan Panglima Zaid bin Harithah yang syahid, membunuh kudanya. Kemudian bertempur dengan musuh sambil berjalan kaki sehingga syahid. Walaupun itu nampak bodoh tetapi Nabi Muhammad tidak mencerca tindakan Panglima Jakfar bin Abi Talib." -panglima Tariq bin Ziyad

"Saya lakukan apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar. Dia sering berjalan malam bagi mengetahui kehidupan rakyat." -panglima Tariq bin Ziyad

Rasulullah SAW bersabda :
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)
7) Mati itu pasti, tetapi perjuangan Islam harus diteruskan. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam.Perjuangan Islam itu mesti tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku.
"Selamat tinggal sahabat-sahabatku. Teruslah berjihad di jalan Allah. Sebarkan Islam ke seluruh dunia." -panglima Tariq bin Ziyad
"Selamat jalan panglima yang berjasa. Semoga Tuhan pertemukan kita semula. Sekiranya tidak di dunia, kita pasti bertemu di akhirat." -Musa bin Nusair

Surah al-Imran : 185
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

: : TARIQ ZIYAD : : 

Ini adalah antara pengajaran yang saya perolehi dari buku Tariq (Menang ataupun Syahid) ini. Moga sama-sama kita ambil iktibar dan jadikan panduan dalam kita memikul amanah Allah swt ini, serta menjadi bekalan kita bagi menempuh alam kehidupan yang pasti penuh onak dan cabaran. Apa yang dikongsikan di sini hanyalah antara sedikit tulisan-tulisan dalam novel ini, untuk mengetahui secara penuhnya, bacalah buku tersebut. ;)
Wallahualam.
             NAILAH AL-FARAFISYAH


Isteri kepada Khalifah Uthman al-Affan,Nailah al-Farafisyah merupakan serikandi terbilang pada zaman pemerintahan suaminya.Beliau terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaan dalam kalangan para muslimah ketika itu.Paling membahgiakan,beliau aalah seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat kepada suami tercinta kala ditimpa kesusahan atau musibah.
   Ketika berlaku pemberontakan pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan,Nailah tidak pernah berjauhan dengan suaminya.Beliau sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepaa Khalifah Uthman al-Affan agar terus tabah dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci itu.

Pengorbanan Seorang Isteri 

  Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman al-Affan benar-benar telah menguji tahap kesabaran dan keimanan Nailah dan suaminya.Situasi sulit ini juga membuktikan betapa besarnya rasa cinta dan kasih sayang Nailah terhadap Khalifah Uthman al-Affan.
  Para pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah Uthman al-Affan dengan batu-batu dan panah-panah.Walaupun dalam perjalanan bertulis ada tercatat bahawa orang ramai tidak boleh mencederakan Khalifah,namun ada yang mengingkarinya.Muhammad bin Abu Bakar adalah dalang kepada pembelotantersebut.
 Taatkala sahabat Muhammad bin Abu Bakar cuba menyerang Khalifah Uthman al-Affan,Nailah tampil menghalang sehingga terputus jejarinya.Lalu, Muhammad bin Abu Bakar pula menghayunkan pedangnya ke arah Khalifah Uthman al-Affan. Serangan ini tetap ditahan oleh Nailah dengan tangannya yang sebelah lagi sehingga terputus juga jejarinya.
 Sehingga Nailah telah menggunakan seluruh kudratnya demi membela suaminya,MUHAMMAD BIN ABU BAKAR tetap dapat menawan KHALIFAH UTHMAN dan memperlakukan beliau dengan teramat kejam.Saat Muhammad Bin Abu Bakar cuba mengelar tubuh Khalifah Uthman,Nailah sekali lagi cuba menghalang namun beliau ditolak dan dipijak dengan kejam.

Kesetiaan Tiada Berbelah Bagi
  Selepas kewafatan Khalifah Uthman al-Affan,Nailah telah dipinang oleh Muawiyah.Bagaimanapun,beliau menolak pinangan tersebut mentah-mentah.Ini kerana beliau tidak mampu menggantikan cintanya kepada Khalifah Uthman al-Affan terhadap lelaki lain.Malah,beliau telah mencabut giginya demi mengelakkan dirinya dipinang dan demi menyembunyikan kecantikannya.Bagi Nailah,hanya Khalifah Uthman al-Affan yang layak mengetahui dan melihatnya.Sesungguhnya,Nailah al-Farafisyah merupakan seorang serikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raga demi mempertahankan nyawa dan keselamatan suaminya dan agama Islam.Betapa tingginya semangat juang yang beliau tunjukkan sebagai seorang muslimah dan inilah tonggak kekuatan sebenar seorang suami.  

Nikmat Cinta Selepas Kahwin - Ustazah Fatimah Syarha

5 perkara merosakkan akidah muslimah




*jangan resah dan gelisah
 -mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita


*jangan bersedih dan berasa derita
 -hapuskan perasaan ini dengan beristighfar,berdoa,dan mohonlah pertolongan-nya

*jangan lemah dan malas
-aktifkan diri dengan ibadat,berzikir,mencari ilmu,berkerja dan beriadah

*jangan banyak berhutang
-nafsu jika dituruti kita tidak akan puas.akibatnya,hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta,pangkat,dan duniawi

*jangan kedekut dan pengecut
-rezeki yang ALLAH SWT beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim.Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan ALLAH juga bergantung pada keredhaan mereka

#Baginda SAW mengajarkan doa untuk menyelamatkan diri daripada lima perkara iaitu , "Ya ALLAH,aku berlindung kepadaMu daripada rasa resah gelisah,daripada sedih dan derita,daripada kelemahan dan kemalasan,daripada sifat kedekut dan pengecut dan daripada lilitan hutang dan tekanan orang."

sumber : iluvislam