Sunday, 8 January 2012

             NAILAH AL-FARAFISYAH


Isteri kepada Khalifah Uthman al-Affan,Nailah al-Farafisyah merupakan serikandi terbilang pada zaman pemerintahan suaminya.Beliau terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaan dalam kalangan para muslimah ketika itu.Paling membahgiakan,beliau aalah seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat kepada suami tercinta kala ditimpa kesusahan atau musibah.
   Ketika berlaku pemberontakan pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan,Nailah tidak pernah berjauhan dengan suaminya.Beliau sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepaa Khalifah Uthman al-Affan agar terus tabah dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci itu.

Pengorbanan Seorang Isteri 

  Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman al-Affan benar-benar telah menguji tahap kesabaran dan keimanan Nailah dan suaminya.Situasi sulit ini juga membuktikan betapa besarnya rasa cinta dan kasih sayang Nailah terhadap Khalifah Uthman al-Affan.
  Para pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah Uthman al-Affan dengan batu-batu dan panah-panah.Walaupun dalam perjalanan bertulis ada tercatat bahawa orang ramai tidak boleh mencederakan Khalifah,namun ada yang mengingkarinya.Muhammad bin Abu Bakar adalah dalang kepada pembelotantersebut.
 Taatkala sahabat Muhammad bin Abu Bakar cuba menyerang Khalifah Uthman al-Affan,Nailah tampil menghalang sehingga terputus jejarinya.Lalu, Muhammad bin Abu Bakar pula menghayunkan pedangnya ke arah Khalifah Uthman al-Affan. Serangan ini tetap ditahan oleh Nailah dengan tangannya yang sebelah lagi sehingga terputus juga jejarinya.
 Sehingga Nailah telah menggunakan seluruh kudratnya demi membela suaminya,MUHAMMAD BIN ABU BAKAR tetap dapat menawan KHALIFAH UTHMAN dan memperlakukan beliau dengan teramat kejam.Saat Muhammad Bin Abu Bakar cuba mengelar tubuh Khalifah Uthman,Nailah sekali lagi cuba menghalang namun beliau ditolak dan dipijak dengan kejam.

Kesetiaan Tiada Berbelah Bagi
  Selepas kewafatan Khalifah Uthman al-Affan,Nailah telah dipinang oleh Muawiyah.Bagaimanapun,beliau menolak pinangan tersebut mentah-mentah.Ini kerana beliau tidak mampu menggantikan cintanya kepada Khalifah Uthman al-Affan terhadap lelaki lain.Malah,beliau telah mencabut giginya demi mengelakkan dirinya dipinang dan demi menyembunyikan kecantikannya.Bagi Nailah,hanya Khalifah Uthman al-Affan yang layak mengetahui dan melihatnya.Sesungguhnya,Nailah al-Farafisyah merupakan seorang serikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raga demi mempertahankan nyawa dan keselamatan suaminya dan agama Islam.Betapa tingginya semangat juang yang beliau tunjukkan sebagai seorang muslimah dan inilah tonggak kekuatan sebenar seorang suami.  

No comments:

Post a Comment