Wednesday, 14 December 2011

~ Tudung Labuh ~

Ada beberapa junior yg pernah tanya ana. " Kenapa akak pakai tudung labuh? Tak rimas ke nak buat aktiviti2 lasak? "


Hanya senyuman yang mampu ana luahkan. Kerana isi hati ana payah untuk diluahkan dengan kata2. Ianya punya cara monolog tersendiri. Ana memang seorang yang agak sukar meluahkan isi hati ana melalui percakapan. Mungkin kerana ana tidak pernah mencuba. Tetapi kadang2 sifat ana ini menyelamatkan ana. 



Berbalik kepada pertanyaan junior ana yg dikasihi, ana cuma mampu menjawabnya melalui tulisan. Ana pernah bersekolah di sebuah sekolah agama selama tiga tahun. Tapi tempoh masa yg lama itu tidak mengajar ana peri pentingnya memakai tudung labuh. Tidak sama sekali. Bagi ana dan sesetengah pelajar sekolah agama, pemakaian tudung labuh itu hanya diwajibkan oleh pihak sekolah untuk menonjolkan imej sekolah kami yang mengutamakan nilai agama. Maka tidak menjadi sesuatu yang aneh kalau ada pelajar yang mengenakan tudung segi tiga atau langsung membiarkan rambutnya diratah oleh lelaki yang bukan mahramnya di luar sekolah. Ana faham kerana keterpaksaan tidak membibitkan buah2 keikhlasan dalam hati mereka dan juga ana. 


Tetapi apabila ana melangkahkan kaki ke sekolah baru yang pada mulanya ana anggap lebih teruk dari sekolah ana,  ana mula mengenal erti manisnya hidup berlandaskan syariat Allah. Meskipun sekolah baru ana ini bukan sekolah agama, tetapi nilai agamanya dimantapkan oleh ketua warden yang merupakan seorang ustaz lulusan universiti Al-Azhar yang lebih mesra dipanggil Abi, pengetua yang merupakan seorang hafiz dan guru HEP yang mantap nilai agamanya serta guru penolong kanan hal ehwal akademik yg sgt mementingkan nilai2 islam dalam ucapannya. Ana mulai sedar bahawa apa gunanya ilmu yang ana raih di sekolah agama kalau tidak dipraktikkan.


Sabda Rasulullah s.a.w
"Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah,"


Di sekolah baru ini ana mempunyai seorang sahabat yang terlebih dahulu memakai tudung labuh daripada ana. Ana kagum dengannya meskipun tak pernah ana ungkapkan, kerana meskipun tidak belajar di sekolah aliran agama seperti ana, beliau berinisiatif sendiri untuk mencari redha Allah tanpa menunggu hidayah datang bergolek.
Ana hairan apabila ada sesetengah orang yang berkata, "Tak sampai seru lagi. Tunggulah. Nanti aku pakailah tudung."


Allah berfirman :
"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sediri"


Hidayah itu perlu dicari, bukan untuk dinanti. Macam mana nak dapat hidayah adalah dengan melakukan apa yang Allah suruh. Tutup aurat sepertimana syariat telah tetapkan iaitu pakaian tidak ketat, tudung melepasi paras dada dan menutupi punggung, tidak jarang dan tidak manaikkan nafsu syahwat kaum lelaki. Begitu juga dengan kaum lelaki. Laksanakan perintah Allah.


Seorang ustazah  yang sangat ana sayangi pernah berkata. Apabila kita memakai jilbab (tudung labuh), Kita akan berasa selamat. Tidak akan ada lelaki yang memandang kita dengan pandangan yang penuh nafsu, maruah kita juga akan terjaga. Nilai kita di mata Allah juga akan berganda. 


Bagi ana, apabila kita sudah bertudung labuh, demi menjaga imej yang dibawa, perasaan malu akan menghalang daripada melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah seorang wanita. Tetapi, selok-eloknya apa yang dilaksanakan haruslah berpaksikan kepada keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Kalau tidak, sia2 sahaja amalan kita. 


Bukan tidak pernah ana dengar suara2 sumbang yg menyindir pemakaian ana, 
"Wau! Tudung boleh buat mop lantai!",
 "Ala, tak payah pakai baju, tudung dah labuh dah" , 
"Kaya dia ni sampai boleh beli kain banyak2" 
Tapi ana cekalkan hati kerana ana tahu, dalam menegakkan syariat Allah akan memerlukan pengorbanan dan ketabahan. Tetapi, yang amat menyedihkan ana, sindiran2 itu datangnya daripada mulut manusia yang pangkal namanya terdapat "bin" dan "binti". Manusia yang kerjanya melakukan maksiat dipandang agung dan disanjung. Mereka yang tak segan silu berpegangan tangan macam suami isteri tak dicemuh malah dilaga-lagakan lagi.   Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. 


"Islam datang sebagai dagang(asing) dan akan pergi sebagai dagang,"

http://kitamakanuntukhidup.blogspot.com
BERTUDUNG LABUH DIANGGAP KOLOT ?


Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya kerana sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.
Saya juga pernah menghadiri temuduga untuk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa kerana tidak terpilih.
Seperti yang umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.
Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?
Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan dan tidak pernah dikaji.
Timbul rasa jengkel juga di hati, '"selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".
Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah kerana senior juga begitu.
Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pada waktu petang, atau latihan untuk hari sukan kerana tiada seorang pun guru yang menegur. Kalau ada pun, bukan saya yang ditegurnya. Saya rasa selamat untuk memakai tudung segi tiga.
Begitu juga apabila keluar dari asrama, selain daripada outing pada waktu persekolahan, terutama apabila bersiar-siar dengan keluarga atau kawan-kawan, saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yang lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.
Bermula dari tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga, tiada input yang saya dapati sama ada dalam waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yang menceritakan kepada kami mengapa para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.
Yang ada hanya guru yang menyindir kami dengan kata-kata:
"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecik". Saya hanya mencebik. Apa salahnya tudung kecil!
Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tetapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tetapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.
"Yang penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".
Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang-undang sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yang gah dan hebat yang lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas daripada paras siku.
Peraturan ini boleh diterima lagi kerana ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tetapi, para pelajar yang "rimas" telah dididik oleh para seniorsupaya memendekkan tudung dalam erti kata yang lain, tudung yang labuh diubah suai agar ianya atas daripada siku.
Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada untuk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.
Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dari kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa-apa sahaja yang disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.
Tetapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib dan Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yang menutup hanya separuh, track suit yang mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.
Tambahan lagi, di dalam kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dalam solat, tudung yang jarang akan dihukum, tudung yang tidak melebihi bahu akan di denda, seakan-akan peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.
Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan dan muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yang jiwanya masih terbelenggu dengan dosa termasuk saya.
Tetapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah-olah Allah S.W.T  ingin menjaga kami para pelajar wanita daripada terjerumus dalam dosa. Allah S.W.T  ingin menjaga kami daripada pandangan jahat lelaki berhati kotor. Allah S.W.T  ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.
Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis-majlis ilmu yang dihadiri mula membuka hati saya yang tepu dengan dosa. Selain itu, ada beberapa senior yang bertudung labuh yang membuatkan hati saya terdetik:
"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh".
Kagum. Mereka satu dalam sejuta. Permata di celahan kaca.
Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yang baru dikenali ketika orientasi yang pada awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kepada tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.
Katanya, hatinya terdetik untuk berubah apabila menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yang kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yang berusia 18 tahun di Timur Tengah yang digali semula selepas tiga jam untuk dibedah siasat. Meskipun hanya tiga jam berada dalam liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.
Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah-olah dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah dan lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.
Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak, dan berzina. Lalu terdetik dalam hati sahabat saya andai kata beliau mati, apakah sudah bersedia dengan amalan yang dilakukan?
Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?
Perubahan yang dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yang bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dengan kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.
Di awal tahun tingkatan lima, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yang menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dalam lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.
Saya terfikir bagaimana sahabat saya yang bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dalam lumpur, dengan tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.
Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yang bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas dan takut untuk berada di hadapan lelaki.
Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah-olah mereka nampak apa yang sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yang jarang dan nipis.
Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dengan mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak-kakak yang bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Kerana tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.
Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan lima. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Daripada tudung bawal ke arah tudung cotton yang tebal.
Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tetapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani untuk konsisten.
Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba-tiba teringatkan tudung labuh saya yang dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yang kini hanya terperuk dalam almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut kerana saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.
Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kepada ibu dan kepada sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.
Tiba waktu prep, saya meminta roommate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dengan sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.
Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut untuk seketika. Tetapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura-pura tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.
Bermula dari hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tetapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yang mungkin tidak tahu kerap mengusik dengan kata-kata yang lebih kurang, "kaya betul lah korang, banyak duit nak beli kain!""boleh buat sapu lantai lah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".
Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dalam kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".
Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami untuk istiqomah. Lalu, saya dan sahabat terus menfotostat kolum itu dan ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yang bertudung labuh.
Kelegaan yang amat. Bermula dari hari itu, kami kurang menerima usikan-usikan mereka.
Terima kasih Allah S.W.T kerana memberi ilham kepada Fatimah Syarha untuk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!
Kuncinya hanya satu, jika kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah kerana Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. Insya-Allah.
Semoga pengalaman yang biasa ini dapat membantu.



last paper , PENDIDIKAN AL QURAN AS SUNNAH :)




hari senin , kami main badminton :) sakit tangan akuu wehh ,











malam nyer buat salam wida , sorang tak nangis









the last day in SEKOLAH ARAB ASSAIYIDAH KHADIJAH :'(





















*wahhh , actually rasa nak nangis sangat-2 teringat semua nii :(
tak dapat lah aku jumpa ustaz syidi kesayangan akuu yang pandai khat tuuu , waaaaa :'(
jalan-2 bersama kawan-2 :)


korang tengok gambar jela ea ? aku penat nak taip , tapi hari ni memang best sangat , sebab ayah fatiha belanja kami :) suka-2 .



                                                     hirau kan , sedang memikirkan seseorang .

                                                                       menjerit lebih

                                                            muslimah sejati SAIKHAD







taman buaya melaka , bowling
sekolah arab atau sekolah menengah biasa ?

assalamualaikum :) , lama dah tak update blog nii . terasa rinduu pulak kan ? huhuhu . noww apa beza sekolah biasa dengan sekolah arab ? hu , banyak perbezaan nyer . dari segi akhlak , aqidah , pembelajaran , pergaulan dan macam-2 lagii , syukur alhamdulilah aku dipilih oleh ALLAH untuk menamatkan persekolahan di sekolah arab :) , sungguh tenang hati ni . kerana dipilih untuk memasuki sekolah tersebut , walaupown pada mula nyer aku memang nak sangat-2 sekolah menengah biasa dan tak pernah terfikir nak masuk sekolah arab , apatah lagi untuk sambung belajar arab ? memang tak fikir langsung . tapi last-2 semua tuu aku minat , tuu lahh lain kali jangan terlalu benci nanti jadi suka , jangan terlalu sayang nanti jadi benci :) betul kann ? so nasihat aku jangan pandang remeh terhadap bahasa arab , bahasa syurga tauuu :) beza sekolah arab dengan sekolah biasa sebab sekolah arab kita dapat tutup aurat , kita tau tahap pergaulan dengan lelaki :) hanya bole bergaul dengan mereka pada waktu-2 tertentu kan ? macam tanya subjek pelajaran , bukan lah bual kosong yang mungkin akan mendatangkan fitnah kepada muslimah :) , kerana pandangan lelaki dengan kite lain sangat-2 , pandangan mereka lain dari kita tauu , tuu kena ingat even korang budak sekolah biasa *harap bole lah kan macam tuu ? dari segi akhlak pulak , budak sekolah arab dia akan jaga akhlak depan guru dan menunjukkan betapa cantik nya berakhlak mulia , kerana akhlak mulia tak akan merugikan korang , akhlak tersebut menggambarkan cantiknya agama islam :) kerana nabi muhammad juga berakhlak mulia kan korang ? so kita jadi kan nabi muhammad sebagai ikon kita , betul tak ? pembelajaran pulak , sekolah biasa hanya belajar pendidikan islam , dan takde tambahan subjek feqah,tauhid dan lain-2 , betul tak ? tapi kedua-2 sekolah ini ada lebih nyer ada kurang nyer , tak semestinya keluar dari sekolah arab jadi ustazah , betul tak ? ada jek bekas SEKOLAH MENENGAH ARAB AS-SAIYIDAH KHADIJAH jadi doktor ? belajar kat mesir lagii tuu , so tak semestinya sekolah biasa pown tak bole belajar arab kan ? kalau dah minat tak bole buat apa-2 , dan bagi mereka yang memang dari sekolah arab dan berhasrat untuk pindahh , hentikan sahaja sebelum menyesal , jangan sia-2 kan apa yang kite belajar dia sekolah , jangan merosakkan diri sendiri korang *untuk aku juga :) fikir baik-2 , kalau korang bawa lagii ilmu tersebut dan amal kan , alhamdulilah . tapi kalau korang tak amal kan ? nauzubillah korang , jangan tambahkan dosa korang :) . jangan menyesal di akhirat kelak :)

*salah silap tolong betul kan :)