Sunday, 27 November 2011

bila musibah menimpa ,

waaaa ! mau nangis rasa , dah lah aku tak suka dengan selesama niii , apalah . nak sakit pown tunggu habis semua paper lahh , penat makcikkk nak buang segala yang tersirat dalam hidung nii haaa ! waaa , melecet hidung akuu lahhh , sakitt tauuu ! dah lah bersin jek keje akuu , waa mauuu nangis maaa ! nanti dah dewan mesti asyik keluar pergi toilet , dah lah pengawas ikot , tak tenang mauuu membuang khazanah dalam hidung nii haaa ! waaa , harap dapat sembut dengan cepat nyerr , tu lahh . dah kata jangan minum ais , tapi degil kan ? padan lah dengan muka akuuu , aku pergi bedal ais time konvo along buat apaa ? tapi kan ais tuu sedap , lagi-2 time panas . walaweiii best gila kottt ! hahaha , tu lah aku paling degil kan ? umi kata jangan aku buat gakkk ! hahaha , anak yang degilll kan akuu niiii , hakikat nyer memang pownnn , macam mana lahhh dah besar nanti , bertambah lahh degil niii , siapa dapat bentuk aku , aku bagiii seposen . hahahahaha . cukup setakat disini sahaja .

~sampai disini saje penulisan dari saya , salah dan silap saya harap dimaafkan :)


*hak cipta terpelihara oleh fasehahshairahsehadino

Saturday, 26 November 2011


my cute teddy bear from my sister :)

comel tak ? tak comel pown , aku kata comel . so what ? suka hati aku lah kan ? janji ada orang nak bagi aku bear tauuu , even kecik pown bole peluk you know ? tapi nak yang besar punyer tuuu , semalam nampak yang besar punyer tapi tak mampu beli , mampu tengok sahaja . waaa ! ikot hati nak pooh yang besar tuuu syok sikit , aku tido dapat ler peluk pooh yang perut nyer buncitt , tapi tak dapat kan ? nak buat macam mana  ? redha jela , takde orang nak bagii . tungguu aku convo kot baru dapat macam tuuu , jeles-2 . 
after SPM !

assalamualaikum , after spm ? apakah aku akan lakukan ? dalam fikiran kata nak pergi sekolah pondok , tapi umi kata mahal lah , dan jauh ? waaaa ! tak kira nak juga pergi , bila ler dapat ea aku pergi sekolah pondok tuu ? tunggu aku dah kawin ? lambat sangat takk ? buntuu gila , lepas jek SPM aku nak keje lah if tak dapat pergi sekolah pondok , hahaha *kecewa :( , keje kat taska or tadika pasti ? yang mana mengutungkan aku ? haha , dua-2 jaga budak-2 , best gila kot , mesti comel-2 kan ? macam aku ? hahaha , gurau . mana aku nak pergi ni lepas SPM ? tak ada orang bantu pulak tuuu ? bak kata mak dee , "lama sangat nak tunggu u awak kawin jela shairah" tertelan kauu air liur aku , dari nak tido terus bangun kauu , mak dee kata lagi "kalau kawin dah bole dapat anak satuu" kalau anak aku mesti comel kan ? macam kingkong aku lahh , dia kan comel yang teramat sangat . amboiii , awal gila lerr , tak bebas aku nak buat apa aku sukaa . tapi kalau dah jodoh tak kemana , kalau dah banyak sangat duit , datang ler meminang . hahaha *gurau . mak dee pown tak agak-2 suruh aku kawin awal kan ? payah betull kalau kawin , ceh-2 berangan pulak aku niii , SPM belum habislah makcikk FASEHAH SHAIRAH . siapa lah bertuah dapat aku kan ? hahaha *bertuah ke ? ?
haha , ingat senang apa kawin tuu ? macam main masak-2 time kecik ? oh tidakkk ! bukan begitu makcikk oiiiittt ! kawin tuuu satu beban yang besar , kalau silap langkah . bole jadi NUSYUZ wooo . tak nakk aku tambah dosa yang sedia ada ni . ingat senang apa ? nak jaga makan minum anak orang ? kalau dia nak kingkong takpe lah juga aku jaga , ni tak dia anak orang . *aku fikir dia anak kingkong , hahahahaha . gurau semata-2 , lama sangat kee ? mesti aku boring kan ? taht why lah aku nak kawin isi masa lapang , hahaha . that why aku nak pergi sekolah pondok , tapi tak mampu pulak parent aku nak tanggung , apa bole buat ? sedih-2 , sob-2 :'( tapi hati memberontak nak juga pergi sana , mana tauu jodoh aku dengan orang kelantan ? makan budu lah kawan setiap hari , hahaha . syok juga budu . favaorite aku tuuu ! kalau tak dapat pown , jaga anak orang okay kot , nak jaga anak sendiri belum keluar pulak , nanti dah keluar aku jaga baik punyer , biar dia jadi al-hafiz dan hafizah  , sejuk perut aku nantii *mula ngarot dahh , hahaha , sekali sekala ngarot . jangan banyak kala dahh lerrr , dah jauh benar aku tersesat nii , hahahaha . sape suruh aku kawin awal ? kan gedik aku dahh kuar , takpe gedik kan comel ? macam aku ? hahahaha , *perasan jap :) bila aku dapat masuk pondok tuu , aku tak akan sia-2 kan nyerrr . yeah ! aku nak buat sungguh dan istiqamah untuk capai apa yang aku inginkan :) doakan aku kawan , nanti aku kawin aku jemput korang , hahaha . islamic punyer perkahwinan aku buat , tak yah sanding :) hahaha . stop ngarot !


*doakan aku kawan :)




p/s-tolongjangangatalnakshare

Friday, 25 November 2011

kelebihan wanita berpurdah


Pernah teringin untuk memakai purdah..tapi nak pakai nie mestila istiqamah..niat mesti kerana Allah bukan sebaliknya..kita tengok saje lah zaman sekarang ini orang da tak pandang hormat pada wanita yang menutupi aurat apatah lagi wanita yang berpurdah kerana ramai yang salah menggunakan erti menutup aurat serta istilah berpurdah..hurm..sedihnya kan bila wanita yang benar-benar menutupi aurat kerana mengikut syarak suda tidak dihormati..
Hurm..xpela lau tidak berpurdah pun cz telah terungkap didalam AlQuran tentang aurat wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..tetapi wanita berpurdah ini mempunyai kelebihan baginya..

- Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan waajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.

- Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.

- Di syurga Allah beri 70x ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.

- Siti Fatimah berkata padaRasulullah S.A.W, "Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripadaMADU tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.

- Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat samada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.
Subahanallah..begitu tinggi darjat yang diangkat bagi wanita berpurdah ini kan..tetapi begitu banyak juga halangan yang harus ditempuh..tidak perlu bimbang jika niat kerana Allah,tiada apa yang perlu ditakuti kerana Allah yang mengetahui isi hati kita dan hanya DIA yang bersama dengan orang2 yang berjihad dan benar.. InshaAllah, semoga dibukan hati kita untuk berpurdah. Allahumma aminn (^_^) Sekadar perkungsian sahaja.. Salah dan silap harap dimaafkan. Uhibbukum Fillah Abadan Abada Fi Dunia Wal Akhirah





Muslimah & Cerita korea

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, dah selamat sampai. Dah selesai exam. Semua dah selesai =') i'm back ;) ready for the new updates after a long hiatus. Menyepi sekejap beberapa minggu sebab exams. 


So, post ni saya tujukan sebagai peringatan buat diri saya sendiri, yang sering leka dan lupa. Tipulah, saya tak pernah tengok drama-drama korea cuma jarang lah. Saya ni jenis bukan tengok TV sangat. Cuma tengok cartoon and Disney movies je macam Finding Nemo, Shrek, Toy Story. ye saya memang macam budak-budak. =') 

Why cerita korea? Why not cerita hindustan ke, cerita Melayu ke, Indon ke, English movie ke etc etc. Kenapa eh? Sebab saya tahu para muslimat di luar sana amat suka dengan cerita korea. Cerita korea ni memang terkenal dengan babak-babak sweet. Ye saya pun pernah je tengok cerita korea tapi tak adalah addict. =') Since saya dekat secondary school lagi, fenomena ni dah berlaku. Saya akan bercerita mengenai penangannya yang saya lihat dari mata kasar saya je lah. Melalui pengamatan dan pengalaman. No hurt feeling okay? =) Tapi, sebaiknya, isinya kita gunakan secara overview dalam setiap perkara yang kita lakukan. Insyaallah.


Menundukkan pandangan


Almost cerita korea ni lebih sopan sikit lah dari English movie.Setiap kali masa tengok drama korea ni, (tak cakap orang lain, diri sendiri pun sama je -___-) bila tengok actor korea yang handsome, puji-puji, owh hensem nya dia. Kacak bergaya. But...


“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”(Surah An-Nur: ayat 30,31)


Tu diaa..Macam susah je bila nak tundukkan pandangan macam yang Allah dah kata. Di alam nyata, kita bersusah payah jugak jaga pandangan, jaga hati. Adakah sewaktu kita menonton cerita-cerita korea ni, hati kita turut terjaga? Pandangan mata yang meliar turut akan membuat hati dilanda bencana. Mostly mereka memakai pakaian yang tak menutup aurat, tak cukup kain. 



Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya yang berjudul, “Raudlatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqqqin”. Tercantum pula dalam kitab “Fiqh-an-Nadhr” tulisan Al-Mundziri.

Di antara faedah-faedah menundukkan pandangan mata adalah sebagai berikut (ambik sebahagian): 


*Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat, sebagaimana sering dikatakan: "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya, maka itulah sebenarnya tawanan."

*Menundukkan pandangan akan membentengi seseorang dari pintu syaitan.


*Menundukkan pandangan akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu. 





Saya ada seorang kawan yang menghafaz al-quran. Dulu, senang je dia untuk kekalkan ingatan hafazan. Sebab, persekitaran dia. Persekitarannya, semua orang hafaz al-quran, dia melihat perkara yang baik-baik je, bila dah lepas sekolah, jujur dia mengatakan sukar untuk kekalkan hafazannya. Persekitaran sudah tidak selamat, tak macam dulu lagi. Maksiat macam dibudayakan. Selalu lupa-lupa je. Dan dia bersusah payah untuk survive dalam satu suasana yang 'baru' bagi dia. 




Manusia memang sinonim dengan sifat lupa. Manusia/insan itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa arab nasiya iaitu lupa. Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap. Ilmu itu bersifat bersih, suci. 


Rasulullah s.a.w bersabda:



Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Allah ada berfirman dalam surah al-Muthaffifin ayat 14:



Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan. 


Berbalik kepada cerita korea (dan cerita-cerita lain juga atau perkara-perkara lain), mostly ada je adegan-adegan yang tak sewajarnya kita melihat. Bila kita dah terbiasa melihat 'dosa' yang diadegankan, maka kita rasa macam tak malu je tengok adegan tuu. Rasanya, dalam cerita korea, last episod mesti happy ending nak happily ever after and then.... Dari dah terbiasa, kita pun rasa tak kisah melihat dan menontonnya. 




Malu

source


Malu kot kalau tertengok adegan yang entahpape macam tu. Macam saya cakap tadi, bila dah biasa kita pun rasa benda yang depa buat tu biasa je. Betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya! =) 


Sekarang ni, dunia semakin dahsyat. Macam-macam benda yang kita tak expect dah pun terjadi. Mungkin pengaruh media massa turut menyumbang kat gejala sosial sekarang ni. Facebook, belog and so on. semua ni akan 'merasuk' kepada orang yang tak dapat nak gunakan benda-benda ni secara betul. Ini semua hanya alat bukan tujuan utama. Bermulalah dari cerita yangentahpape, kepada lagu yang entahpape, semuanya mengheret kepada benda yang kita tak sangka akan terjadi. Well, I guess maybe tak semua. but mostly.


Sabda Rasulullah s.a.w: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)


Hilang rasa malu habislah. Lebih-lebih lagi, malu ni perlu ada pada setiap diri muslimat. Girls out there. Ini bukan hanya sebab cerita korea je, but semuanya mesti diambil kira. Cuba kita check balik. Macam mana pergaulan kita dengan sahabat-sahabat yang berlainan jantina? Macam mana kita behave and jaga diri kita untuk buat sesuatu yang Allah tak suka. Bila kita ada rasa malu, buat dosa sikit pun kita tak kan berani dan MALU kot nak buat dosa dengan Allah. Ingatkan diri sendiri saya especially, kalau kita yakin sebenar-benarnya Allah melihat setiap apa yang kita lakukan, dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati kita, kita akan sentiasa beringat 'owh janganlah buat perkara yang Allah larang, yang Allah tak suka'. Kita akan mujahadah lebih. =)


Kelalaian

teringin nak telekung kaler soft pink ;)

Bila tengok cerita korea, biasanya berjam-jam lamanya. Tengok masa tengah musim exam lagi lah. Say sorry lah nak baca buku kalau dah menghadap cerita korea. Ada jugaklah bila dah addict tengok cerita korea, tinggal solat jemaah (tssk) eh jangan tinggal solat sudah lah ye. Nak pulak, cerita korea episod berjela-jela. Memang seharian lah menghadap benda tu je. Bazir masa satu hal.


Tengok satu episod tak cukup, nak tengok next episode and nak lagi nak lagi sampai lah tak tidur malam. Stay up untuk habiskan semua 16 episod cerita korea. Then, tengok next cerita pulak. Hehe. In real, kita mahukan pasangan yang soleh solehah jadi pendamping kita and of course bukan sekadar pendamping, yang jaga kita masa sakit, tolong kita masa sibuk tapi pembimbing. Kita nak kan pembimbing yang boleh bimbing kita untuk solat berjemaah bersama, bangun qiam bersama-sama. Yup, masa ni, memang betul kata Acha, Berdua lebih baik, heih. Only after akad lah. eh melencong pulak. Tak ada akad jangan memandai-mandai.


(gambar ni ambik kat Matluthfi's new video. Series best =')
I just wanna love you in the halal way =)

Tapi dalam bilik, tergila-gilakan pelakon korea mata sepet. sampai masuk mimpi dibuai lena. Tampal sana sini gambar artis korea kat dinding bilik dan dinding hati owh. Masa kelas/kuliah, ada kelas tambahan dekat belakang subject korean drama. =') Insaf tssk. (dah lah dalam kelas selalu jadi backbencher je, haha ye saye lah tu)





Obses &Fairytale


Kumpul gambar favourite korean actor, k-pop band, download lagu korea. Desktop wallpaper 2 p.m, Kara, SNSD, profile facebook gambar artis pujaan. Semuanya sebab kita minat dia. Minat cara dia berlakon, the way they dance, menyanyi, kehenseman mereka. Mengagumi mereka sampai kita jadi obses, nak ikut cara dia. Cara depa dress up, and banyak benda yang kita nak ikut. Keobsesan yang membahayakan. Bila kita dah jadikan someone tu idola kita, everything about him/her kita nak tahu, nak contohi, nak memiliki. Ini berbeza kalau kita jadikan para ulama sebagai idola kita. Kita berusaha mencontohi peribadi para ilmuwan islam ni, cara mereka menuntut ilmu, kecekalan para sahabat dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. Inilah yang sewajarnya kita contohi. Manusia ni cenderung untuk meniru. (keluar daah teori sosial diaa) Perhati dan melakukan perbuatan tersebut. Maka, tirulah sesuatu yang baik dan bermanfaat. Jangan tersalah pilih idola. Kalau baik, baiklah, dan begitulah sebaliknya.



Korean drama mostly berbentuk fantasi dan khayalan. Sebab tu cerita depa ni sweet. =') Kalau cerita Melayu banyak reality sebab tu boring. Lepas tengok, feeling-feeling nak buayafriend macam Lee Min Ho. kehkeh. Then, terbawak-bawak masuk mimpi. Lepastu berangan sensorang.


Tapi mungkin adalah jugak kebaikan.sikit. 



Belajar bahasa korea.

Okay, boleh terima di akal lah. Ada tu dah boleh master kot cakap korea. Boleh jadi warganegara korea dah. Mencik lah. Cakap korea kita tak faham tahu. =P Cakaplah bahasa melayu kitakan bangsa Melayu. Untuk explore sesuatu bahasa tu, memang sangat bagus lah dengar sebutan diorang. Macam kita, kalau nak belajar cakap english fluently, kena practice, tengok movie diorang, dengar lagu depa ni, faham lyrics (but mostly their lyrics are worst!), cari words yang tak faham. Alah, macam tu jugaklah kalau korang nak belajar cakap korea. My rumate power kot bahasa korea dia. Sep sikit. 

source


But saya suka tulisan dia, nampak kawaii je. comel kan? =') 
  


Dapat nilai-nilai murni 


Tapi berapa banyak pun tengok cerita korea sebab nak ambik moral value, kebanyakannya tengok suka-suka lepas tu jadi pengulas. Mungkin ada sikit-sikit. So, disarankan bijak memilih cerita. hehe. Ada je cerita yang elok-elok boleh jadi pengajaran. Semuanya atas pilihan kita.


Dapat pengalaman tengok negara orang
 
Watching korean movies rasa macam nak travel kat sana. Tengok environment depa, budaya mereka, sikap mereka. Semua tu membantu tingkatkan pengalaman lah jugak. 


Kalau para muslimin/lelaki yang addict macam sesetengah muslimah/gegurl dengan korea ni tak pasti ada ke tak. Owh ada tu ada tapi tak tahu penglihatan para lelaki ni macam mana pulak bila tengok awek-awek korea yang cun berlakon. Adakah mereka addict macam kami addict? Mungkin, diorang still jaga solat jemaah dia, mungkin dia tengok sekali-skala je, okay, mungkin diorang rajin belajar, tengok cerita korea sebagai selingan je. Mungkin lah. Husnuz zhon weh. So, ada ke tak lelaki yang fanatik korea, saya kurang pasti, mungkin bilangan sikit je kot atau lebih banyak. 


Sekadar pandangan. No hurt feeling. Dan segala apa yang ada dalam belog ni saya tujukan dan tulis sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Sekarang dah cuti, mulalah nak cari entertainment. Harapnya cuti ni dapat buat something yang bermanfaat. =) 


Selamat bercuti kepada kawan-kawan, congrates dekat adik-adik UPSR yang berjaya, yang tak berjaya takpe, usaha lagi next time, selamat menempuh hari yang mencuakkan untuk adik-adik PMR yang tengah tunggu result PMR and tak lupa selamat menempuh hari-hari yang stress untuk adik-adik yang tengah ambik SPM. Chill. =)


Owh sebelum tu, siapa yang suka pakai tudung bidang 50/55/60 and rasa payah sangat nak jumpa? Ye, anda dah jumpa solusinya. Mari kita bershopping di Hijab: On The Line. Agak susah la ni nak jumpa tudung akel camni. Jumpa terus borong. Thanks kak Shahidah and adiknya sebab hantar sampai rumah. =') lain kali boleh datang lagi. 
Wallahu'alam.


Pisahkanlah kami jika itu yang membuatkan Engkau lebih redha pada kehidupanku

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)


“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

(via tersenyum-melihat-langit) /tumblr/

Perpisahan adalah suatu perkara yang amat menakutkan. Namun, itu adalah satu ketetapan yang perlu kita rasai dan ianya menjadi rencah dalam kehidupan. Manusia yang bercinta terpisah kasihnya. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah lalu menjadi yatim di usia yang kecil. Apabila semakin dewasa, kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, zaman sekolah menengah yang terpaksa kita tinggalkan, kawan-kawan sewaktu zaman itu, ya, perpisahan. Perpisahan pada terlalu banyak benda. 


Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =) 

Boleh jadi, apabila sekarang ini kita terputus kasih dengan seseorang, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin jua, Allah sedang mengatur seseorang yang lebih baik di masa hadapan, yang dapat membimbing kita di kemudian hari. Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari. Apabila semakin lama dengan si dia, kita mungkin akan jadi kurang malu. Allah nak selamatkan kita. Pengetahuan Allah Maha Luas dan siapa kita untuk mempersoalkannya. =)

Maka, jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah. Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah. Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik. =)


Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?
p/s: Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.

Waallahu'alam~ =)

Ikhtilat 5: Sweetnya couple

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Morning semua...



Kalau berpacaran

"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)
Awak tahu, betapa sweetnya ada couple? awak tak percaya, saya nak bagi explanation dekat awak sikit. Saya rasa semua orang dekat sini ada experience kan, toksah tipu. Amboy angguk laju-laju eh. Kalau berpacaran ni; 

grrr

@bagi semangat waktu exam

masa ni perasaan you alls akan lega sangat sebab cik awek/ cik abang awak bagi motivation dekat awak, stress pun dah hilang. segunung beban pun lenyap macam tu je, malam exam je call, lepas exam je call, cewah sweet betul lah you alls ni. Motivate ea bang?


tempe tu feveret saya huuu

@share susah &senang bersama

you sangkut duet pinjam lah cik awek punya, bila cik awek lapar mulalah merengek dekat cik abang mintak pergi belikan makanan. owh so sweet lah. bila salah sorang dari you alls sedih sebelah pihak pun mula pujuk-memujuk, kitakan couple, kenalah saling memahami ye dak? bila happy sama-sama kita pun enjoy lah pergi dating bersama-sama. dosa pun share-share lah ye. uhuk uhuk.




@penawar kebosanan

masa you alls bosan-bosan kan, mesti bergayut dengan pakwe/makwe you alls kan? rasa sehari tak bergayut alahai tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Kesian.

in a relationship, you ade?


@bangga berstatus TAKEN

single? ewww. tak laku lah tu. kalau ada couple ni baru lah laku.


alololo sweetnye -___-

@boleh jaga diri kita

Eh kalau kita couple, ada cik abang boleh jaga kita taw. SO safe sikit. Sekarang ni macam-macam, banyak kes, kes ragut lah, kes culik lah, kes rogol la eish seram taw. Baik you alls beware. Ada encik boyfie selamat sikit.





eh ehh sekejap, awak terlupa satu benda.







@Kenapa perlukan pasangan (yang belum sah) nak jadi pemberi semangat kita? kalau kawan-kawan perempuan tak boleh ea? owwh, konon call malam-malam sebelum exam tu sweet lah? boleh naik pointer kot. Kita terlupa seperkara, kita lebih ingat kebahagiaan terletak di tangan manusia sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Tengah exam, tatkala memanjatkan doa itulah kebahagiaan abadi, apabila kita bangun tahajud malam-malam, itulah rahsia ketenangan jiwa yang kita dambakan. Sungguh, tiada seorang manusia pun mampu memberikan ketenangan seperti itu hatta pasangan yang paling kamu cintai itu. Berbahagialah dengan Allah.




@Apabila kita kuatkan pergantungan dengan Allah, bila kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita tak kisah, sebab dia kata; takpe, Allah ada. Cukuplah Allah bagiku. Jangan ingat kita bersendirian di dunia ni. Tak ada insan untuk berkongsi susah dan senang. Allah mendengar setiap masa, tadahlah tanganmu untuk memanjatkan doa kepada Allah kerana dia mendengar setiap rintihan dan keluhanmu. Kenapa berdoa? sedangkan kalau kita tak berdoa pun Allah dah tahu, saya pernah terangkan pada entri-entri lepas. Saya recall balik apa tujuannya;


Berdoa, bukan memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhan-Nya.


be positive dear~ =)

Berdoa ni semacam satu penghubung antara kita dengan Allah. Create the link. Please. 


‘Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan’ (Surah Ghafir 40:60)


‘Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di saat sulit.’ (Riwayat selain Imam at-Tirmidzi)

@Tak ada istilah bosan dalam hidup ini bila kita benar-benar mengabdikan diri pada Allah. Tujuan hidup ini sudah diperjelaskan oleh Allah:


'dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (51:56)


Alangkah ruginya kita andai kita mensia-siakan masa usia kita di bumi ni. Istighfar. 



@Kenapa perlu berbangga dengan maksiat? Benar, bila dunia semakin moden ditelan arus globalisasi, yang minoriti dianggap salah yang majoriti dianggap benar. But, the majoriti tak selalunya benar. Orang yang tak couple dikatakan kuno tak laku etc etc. Kamu tahu, dia telah terselamat dari melakukan dosa-dosa zina, zina mata, zina hati, zina tangan, zina kaki, zina telinga. risiko-risiko ini sangat terbuka luas untuk mereka-mereka yang ada pasangan tidak sah. So single out there, say alhamdulillah, I’m the chosen one. HE is writing my love story. =) Status TAKEN tak bermakna apa-apa andai cinta itu akan melalaikan kita dari jalan menuju ke syurga.




@Penjaga kita hanyalah Dia. Kita adalah hak mutlak Dia. Nyawa kita ada dalam takdir-Nya. Setiap skrip kehidupan kita Dialah penulisnya. Kita yang merancang, tapi Dialah penentunya. Kenapa perlu percaya pada janji-janji kosong, wahai sayang-sayangku muslimat? Juga untuk diri saya sendiri, cuba renungkan kembali, sudah berapa kali anda diperdaya? Mainan duniawi. Yang haram semua nampak indah. 



Kenapa saya cakap semua ini? entah. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri yang selalu terlupa. Sering perlu diingatkan. Betapa jauhnya kita dengan Allah, Allah sentiasa melihat kita. Sentiasa. 



Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah. Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya. Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu tolong ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu. Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami. Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu. 
Amin, amin ya rabbal alamin.



Semoga Allah mendengar bisikan kita ini meskipun ianya tertutur dalam hati. Sahabatku, Allah mendengar. Walaupun setitis embun hidayah yang mengalir, ianya cukup indah kerana fitrah untuk kembali kepada Allah itu tetap ada. Semoga Allah menerimanya. 


hoyeh, we have Allah ^__^

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

(35 : 24) Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.


(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


p/s: mutiara terputus dari rantaiannya. Aku memohon ampun. =’3


copy byhttp://dirikudrcinta.blogspot.com

buat muslimat :)

"Letaklah lagi gambar banyak-banyak"

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) lama dah tak update, 'asif sebab terlalu banyak kerja sejak hari itu. Insyaallah, saya cuba mengupdate sedikit peringatan especially to all muslimat out there. Thanks for always come here tak kira masa even saya tak update dan belog dah bersawang-sawang. Thanks again for your support. =)


***
"Orang kata, dengan gambar pun orang boleh buat jahat. Series bahaya. Bukannya kita tahu apa yang mereka buat dengan gambar-gambar kita tu.


Saya, Elena (bukan nama sebenar).

A beautiful lady



Ramai yang memuja-muja kecantikan saya. Mereka sukakan saya. Owh, saya ramai peminat. Saya begitu berbangga dengan kecantikan yang saya miliki. Saya fikir kecantikan ini perlu saya tonjolkan untuk tatapan seluruh dunia. Mengapa perlu ditutup dan dicover? Saya suka mereka memuji kecantikan saya. Saya rasa dihargai. Saya rasa seronok apabila mata-mata lelaki ini memandang saya.



Tak cukup bersosial di luar, saya bersosial di alam maya. Saya letak gambar saya yang cantik menawan dalam pesbuk. Tanpa pengetahuan saya, mereka stalk saya. Saya tak fikir risiko dia. So, they are free to take my picture. Saya marah-marah kalau ada profile fake gambar saya, saya akan bengang bila orang curi gambar saya but I never realize semua tu start dari saya. Tak ada siapa yang suruh saya letak gambar dalam pesbuk tu. Saya tak kisah letak gambar saya dengan buayafriend saya dalam pesbuk tanpa mengira perasaan kedua orang tua saya. Kalaulah mereka nampak. huhu.


Saya tak tahu kalau orang gunakan gambar saya untuk bomoh-bomohkan saya. Kenakan saya or else. Memang saya tak fikir panjang masa tu.

dibomoh (haha, apakah yang telah dilukis ini? T__T)

Saya jadi lain macam. Tak macam dulu. Saya tak tahu pun saya kena buatan orang sehinggalah saya bertemu dengan seorang ustaz. Kalau dulu saya seorang pelajar yang aktif dan selalu cemerlang dalam pelajaran, tetapi lately, pelajaran saya jatuh merudum. Hubungan saya dengan encik buayafriend haru biru.


Kini, saya menyedari risikonya. Ada yang dengki dengan saya. Kecantikan saya dan segala-gala yang ada pada saya. Mereka bencikan kebahagiaan saya dengan buayafriend saya. Sungguh, saya serik untuk letak gambar-gambar saya lagi dalam laman web sosial. Biarlah saya sendiri yang menghargai kecantikan yang Allah kurniakan ini dengan bersyukur kepada-Nya dan bukannya dengan menunjukkan kepada insan lain. "

***

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-

Kalau lah kita benar-benar menyedari risikonya, kita pasti sentiasa berhati-hati dengan setiap tindak-tanduk kita. Apa guna kecantikan hanya pada luaran namun dalaman tidak berjaga. Bahagia ke twenty-four hours gambar ditatap umum? Distalk oleh orang yang tidak kita kenali. Bahagia apabila ada yang memuji kecantikan? 

Sungguh, segala puji-pujian hanya layak diberikan untuk-Nya dan kita tidak layak menerima pujian sama sekali. Pulangkan kepada-Nya. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kembali nikmat kecantikan kita itu.



Berita selanjutnya




Motivasi : Jom Jadi cantik! 

copy byhttp://dirikudrcinta.blogspot.com/2011/09/bismillahirrahmanirrahim-in-name-of.html