Menjaga hati
Ini sekadar perkongsian sahaja. Perkongsian pendapat. Apa yang saya terfikir sejak akhir-akhir ini. Masa zaman muda-muda dulu, zaman persekolahan, pelajar-pelajar perempuan mesti punya lah ada crush sana sini. Suka dekat orang tu suka dekat orang ni. Datang pelajar baru yang hensem sikit mulalah jeling tak kelip-kelip sebab hensem sangat. (ye ke? pleasee) Tapi tu masa dulu-dulu, biasalah zaman nakal-nakal kan? Saya pon jadi keliru, kenapa dari zaman dulu sampai lah sekarang, KENAPA PERLU menjadikan lelaki sebagai topik perbualan?
(nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)
'Eh, tadi kan, Mat belanja aku makan. Waaah, baik betul lah dia tu, aku ingat kan dia ni memang sombong rupanya tak bla bla bla'
' Ferhad anak dato' kasi aku gifts tahu? Kau ada? Tak adaaaa, sapa nak kasi dekat kau, jangan jeles'
'Best gile dapat bertembung dengan mamat tu, wow, dia memang hot lah'
Antara suara-suara perempuan. Memang bila dia dah minat, habis dia stalk orang tu, seharian nak bercerita tentang orang tu. Lama-lama saya sendiri jadi bosan....
Tiada kepentingan
Saya sendiri tak tahu kenapa ianya semacam satu kebiasaan pulak dalam golongan hawa ni. Berterusan sampai sekarang. Saya pesan sekali lagi, kalau nak bercerita tentang lelaki BIARLAH IANYA PUNYA KEPENTINGAN. I mean, macam ada tugasan ke apa ke, entahlah lately saya macam tak berapa suka kalau tujuan orang yang nak bercerita tu, just nak bagi info yang tak berapa penting. Sekadar reply comment di facebook, message dia dekat mana, etc etc. Saya sedang menjaga hati saya, harap kalian juga dapat menjaga hati kalian.
Hidup kita ni bukan bergantung kepada lelaki, tapi kepada Allah. Jangan rasa bila kita ni dah tak ada kawan lelaki yang nak contact, tak ada lelaki-lelaki yang datang nak belanja kita, kita akan jadi sunyi dan sepi. Tahu tak? Kalau kita JAUH dengan Allah, kita lagiiii sunyi compared dengan kawan-kawan kita tu. Entahlah saya bukan siapa-siapa, cuma menyatakan hasrat hati. Saya sendiri dah kurangkan contact dengan kawan-kawan lelaki, yang tinggal hanyalah urusan-urusan kerja dengan orang-orang tertentu, macam boss saya, ketua saya, (hehe) etc etc.
Saya tak tahu lah kalau lately saya sangat busy sampai saya tak ada masa nak layan benda yang remeh temeh. Maaflah. Saya bersyukur sangat kalau saya busy sebab saya tak akan mensia-siakan waktu saya, online je, borak-borak kosong, dan alhamdulillah bekerja juga kerana Allah, untuk ummah. Buat masa ini, saya terhindar dari nikmat masa lapang yang banyak membunuh kita. Jawatan, jangan kita lihat sebagi satu anugerah, tapi lihatlah ia sebagai satu amanah. Bila kita lihat jawatan tu sebagai satu AMANAH, insyaallah kita akan cuba pikul tanggungjawab tu dengan rasa takut, cemas dan bimbang kepada Allah. Tapi bilamana kita merasakan bahawa jawatan itu merupakan satu ANUGERAH, kepimpinan akan jadi berserabut dengan cita-cita peribadi dan kepentingan kelompok (saya petik kata-kata dari buku Dilema Melayu-Islam; Kurang Fikir atau Kurang Zikir?)
Saya faham kalau dah nama pun orang bercinta, habis kisah love story dia nak jaja, tapi saya tak dapat nak tipu diri, saya bosan sebenarnya. Kalaulah topik-topik picisan sebegini yang jadi perbualan, alahai.... (termasuk berbual tentang benda remeh temeh yang lain) Saya rindukan perbualan yang luar biasa, sambil makan-makan berbual tentang umat Islam kini. Tiba-tiba teringat kegiatan saya bersama rumate saya (ni kalau kitorang makan dua orang je lah, kitorang memang selalu romantik).
Rumate memulakan perbualan.
Rumate a.k.a nurse: Diorang ni (perempuan-perempuan) tahu tak batasan aurat kot mane, kena labuhkan takat mana, eish, pening aku dok nampak aset-aset depa ni, grrr. (sambil menyuap nasi kerabu)
Tuan dokter: Alaah, depa tu tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pasal aurat ni susah kita nak tegur, melainkan kalau depa ni sendiri ada kesedaran.
Rumate a.k.a nurse: habis tu macam mana lagi nak bagi depa ni sedar? Weyh nak sikit ayam (sempat lagi)
Tuan dokter: Kita kena tunjuk dekat depa ni, cara pemakaian yang betol, kowt la depa ni malu bila nampak kita tutup-tutup kan? Then, kita juga boleh lah buat kempen ke hape ke, banyak cara jugak sebenarnya nak bagi kesedaran kat depa ni tapi apa yang lebih penting kesedaran dalam diri tu lebih penting.
Di samping kita makan-makan tu, dapat lah jugak fikir solusi untuk mengatasi masalah tu kan.....Terima kasih lah rumate sebab selalu buat tuan dokter ni berfikir. =)
Last lah, ini pesanan dekat diri saya sendiri, terutamanya, sebab saya sedang menjaga hati, mohon jasa baik sahabat-sahabiah kita juga dapat menjaga hati. Saya tak nak hati saya ada tompok-tompok hitam, mungkin dalam bicara kita mengenai kaum adam ni, ada yang termengumpat ke, tergeram ke, tersuka ke, dibimbangi secara tak sedar ada tompok hitam mula tumbuh dekat hati. Takut tak? So, jom kita jaga hati kita~ =)






No comments:
Post a Comment