Tips menutup aurat
Bimillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Lama rasanya tak menulis di sini. Ini hanya sedikit perkongsian dari pembacaan saya, saya edit balek guna bahasa saya.(Series rindu sangat nak spend masa untuk menulis but ada kekangan masa)
Menutup aurat (bukan menutup urat) merupakan perintah wajib dari Allah. Syariat ini agak ditekankan kepada wanita ini kerana wanita merupakan fitnah terbesar, aurat wanita lebih complicated. So, let’s check it out macam mana kita nak menjaga penampilan kita di hadapan ajnabi. Boleh juga rujuk entry: (Part II khas untuk aurat lelaki)
- BILA DAH BERTUDUNG, NO FESYEN-FESYEN ONLY THE BAJU KURUNG (PART III)
- JADI ORANG ISLAM BERUNTUNG, AGAMA TAK SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG (PART I)
@ Tahu. Step one, mesti ada ilmu. Amat penting kepada muslimah di luar sana tahu tentang batasan aurat, ciri-ciri pakaian menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum menutup aurat and so on.
@ Seorang muslimah itu perlu sedar bahawa tuntutan syariat ini amat perlu dan berusaha untuk menyempurnakan suruhan Allah. Owh, minta jangan buat sambil lewa, acuh tak acuh, sebab perkara halal haram adalah satu isu besar. Jangan just sarung-sarung tanpa ada ilmu.
@ Syiar. Setiap agama ada imejnya. Islam telah menggariskan panduan kepada para muslimah pakaian yang menutup aurat. Ciri-ciri wanita muslimah dapat dikenali daripada pakaiannya yang menutup aurat bukan urat semata.
@ Mirror mirror in the wall. Ini lah antara fungsi cermin ye, sahabat-sahabat sekalian. Sebelum keluar rumah, tengok diri dekat cermin sambil berkata, “Adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat nak keluar ni? Apakah Allah redha dengan pemakaianku ini?” Jawab dengan keimanan bukan ikut kata hati semata.
@ Asingkan pakaian kepada 2 kriteria; sesuai atau tak sesuai dipakai dihadapan ajnabi. Pakaian yang agak seksi misalnya, (t-shirt kecik misalnya) masih boleh pakai, but please, just wear it masa dekat rumah ke, asrama ke, depan suami je ke, or masa bersendirian dalam bilik kan. Tak elok pakai baju adek buat pergi pasar jenjalan
@ Malu. Perlu ada rasa malu dalam diri bila kita mendedahkan aurat. Namun, kini wanitanya banyak yang kurang menitikberatkan soal pemakaian. So, be careful because Allah is watching us! (peringatan buat diri sendiri juga)
@ Berkawan dengan teman yang solehah, fungsinya, beliau ni boleh bantu kita kuatkan pendirian dan lagkah seseorang tu untuk berusaha mengubah penampilan yang lebih sopan.
@ Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. But, kecantikan yang Allah kurniakan itu sebenarnya adalah hak eksklusif seseorang wanita tu dengan suami dia je.Then, jangan mempertontonkan aurat sebebasnya secara percuma, sebab suami pon perlu bayar mahar untuk memilikinya.
@ Banyak manfaat. Wanita yang keluar rumah dengan menutup aurat akan melangkah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tak perlu risau ada mata-mata liar yang memandang, tak perlu kisah nak set rambut, tak perlu berhabis duit untuk aksesori yang macam-macam.
I support this campaign. Bak kata pemilik blog Budu dan Belacan ini; cover your aurat it's not easy, it's a process, but for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right, not just ikat-ikat. (owh yang ni tambah siket je) Spread this WIR (Wear It Right) Campaign to your own blog, tumblr and etc.


No comments:
Post a Comment